Rumah Sebagai Mesin Duit Ketika Waktu Pencen

SHARE:

Kalau kita kerja swasta atau makan duit komisen serta keuntungan untuk buat bisnes dan tiada pencen macam orang gomen yang pasti akan dapat ...

Kalau kita kerja swasta atau makan duit komisen serta keuntungan untuk buat bisnes dan tiada pencen macam orang gomen yang pasti akan dapat duit pencen dan tidak pening kepala di usia tua amat sesuai guna teknik dibawah ini.

Saya tidak perlekehkan orang kerja swasta atau buat bisnes kerana tidak dapat pencen tapi sebab kita boleh build up kita punya confident level ketika kita pencen nanti iaitu ada aset dan juga ada duit untuk flow dikala kita tidak berupaya nak kerja berat-berat. Kalau anda seorang pekerja gomen, itu bonus bagi anda.

Biar orang nampak kita ini pelik daripada orang, janji kita ada akal fikiran yang waras untuk kita pergi lebih jauh dan maju daripada orang lain.

Siapa rasa rumah ini sebagai mesin duit ketika waktu pencen? Jom kita baca dibawah ini

1. Sasarkan beli 5 rumah sebagai persiapan pencen, jika dapat bawah  RM200k sebuah dari lelong atau subsale. Tidak perlu rumah mahal-mahal sebab majoriti B40 tidak akan melihat rumah mahal untuk disewa ataupun untuk dibeli kemudian.

2. Bila bersara nanti ia boleh jadi sumber pendapatan pencen anda dari sewa kepada orang ingin menyewa kerana tidak membeli rumah lagi terutama yang baru berkahwin atau tidak mampu beli rumah. Semestinya penyewa nak cari rumah murah-murah kan?

3. Memang rumah mahal hari ini, bermulalah dengan rumah kecil pinggir bandar utama disebabkan kawasan anda itu akan membangun juga sesuatu hari nanti, tapi agak lambat juga dan harapkan bersabar.

4. Ikat sedikit kemahuan dan tukar kepada kereta kecil atau kancil. Jangan terliur nak beli Iphone atau Myvi baru je hanya untuk suka-suka. Jikalau benda itu boleh dapatkan wang atau duit, saya sangat galakkan anda membeli benda tersebut.

5. Ramai pelabur yang saya kenal mereka miskin gaya tetapi kaya raya. Anda pun rasa seperti begitu kan? Naik kereta buruk sahaja kesana kemari, tapi tanya dalam akaun bank mereka. Tanya rumah ada berapa dan sebagainya yang dijadikan aset.

6. Jika berjaya beli 5 rumah sewa RM200k sepanjang 30 tahun kerja, bila bersara kita ada aset lebih SEJUTA! Kalau sesat sangat boleh jual kemudian untuk orang yang memerlukan rumah dan kita akan dapat duit itu buat sara hidup.

Gadis-gadis diluar sana yang bijak dan pandai tak pandang sangat kereta kita, tetapi lihat rumah yang kita ada tau untuk yang bujang diluar sana.


Mungkin anda akan pertikai, saya mana mampu nak bayar rumah disebabkan kena berhutang. Saya rasa hutang itu pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak mampu beli rumah cash. Kalau kereta cash itu mungkin. Jadi nak dapatkan sebiji rumah kenalah usaha sedikit, buat mana mampu untuk kita lihat hasil dan tinggal disitu.

Sebab itu dipanggil Rumahku, Syurgaku. Anda penat cari rezeki diluar sana mesti nak balik rumah rehat untuk tidur, makan, santai bersama keluarga.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content