$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tanah Runtuh Batang Kali: Pasukan SAR Temui Mayat Mangsa Ke-25

SHARE:

Penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 ora...

Penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini 25 orang. - Gambar/ JBPM

BATANG KALI: Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di lokasi pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat sini pada 11.15 malam ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini kepada 25 orang.

Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

"Saya sahkan penemuan mayat kanak-kanak perempuan tersebut," katanya ringkas kepada Bernama malam ini.

Suffian memaklumkan maklumat lanjut mengenai penemuan mayat itu akan diberikan pada sidang media, pagi esok.

Menurutnya operasi SAR hari kelima ditangguhkan pada 12 tengah malam ini dan akan bersambung semula pada 8 pagi esok.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi pada Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 orang.



Sumber : https://www.astroawani.com/gaya-hidup/tanah-runtuh-batang-kali-pasukan-sar-temui-mayat-mangsa-ke25-397954

Semoga dipermudah segala urusan untuk semua mangsa yang masih hilang dan dijumpai dengan kadar segera.

Sudah lama proses pencarian ini daripada 16 Disember 2022 lagi, sampai sekarang 21 Disember 2022 iaitu sudah 5 hari pihak berkuasa seperti bomba, askar, smart dan agensi lain berada disana.

Jadi sekarang musim tengkujuh hujan di beberapa tempat, elakkan berada di kawasan yang berbukit dan berisiko tinggi akan terjadinya tanah runtuh ya semua pembaca.

Di pantai timur pun anda boleh lihat, terjadinya begitu banyak kawasan banjir di merata tempat dan saya doakan juga semoga dipermudahkan urusan mangsa disana. Amin.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content