$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tengok Wayang Cerita Filem Merchamato Movie

SHARE:

Hari ini tiba-tiba isteri bagi rancangan last minute untuk lihat cerita filem animasi yang paling top pada cuti sekolah bulan Disember 2022 ...

Hari ini tiba-tiba isteri bagi rancangan last minute untuk lihat cerita filem animasi yang paling top pada cuti sekolah bulan Disember 2022 ini ialah Mechamato. Jadi perancangan itu menjadi disebabkan ada tiket wayang yang available pada malam hari.

Tiket dibeli melalui aplikasi GSC yang lihat di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang. Senang, cepat dan pantas. Tidak perlu pergi ke kaunter atau kiosk untuk beli tiket sebanyak 4 keping iaitu 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Ianya merupakan sebuah filem daripada Nizam Abdul Razak dengan terbitan Monsta Studio. Jika yang tidak tahu, produksi ini juga yang telah menerbitkan siri dan filem Boboiboy yang juga pernah menjadi fenomena sebelum ini.


Trailer Filem Mechamato Movie


Sinopsis Filem Mechamato Movie

Mechamato Movie berkisarkan tentang pengembaraan seorang pemuda bernama Amato (Ayah kepada BoBoiBoy) yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai, Mechamato!

Tengok ni bila Mechabot mechanize jadi bekas pensil. Comel je "Make-Up, Nice"

Selepas bergabung, Amato telah dipertanggungjawabkan untuk mengalahkan alien jahat bernama Grakakus yang cuba merampas Mechabot daripada Amato demi melengkapkan koleksi power sphera jenis armor.

Kesimpulan Wayang Filem Mechamato Movie

Anak saya sangat enjoy dan layan cerita animasi ini walaupun layan malam-malam sehingga habis lewat malam dan tayangan lebih kurang dalam 2 jam. Jadi daripada situ saya dengan isteri layan juga sehingga habis.

Apapun rating untuk movie ini saya boleh bagi 9/10 kerana ceritanya sangat sesuai untuk budak-budak dan orang dewasa juga kerana ada lawak dan jalan ceritanya memang padu buat tak kering gusi.

Anda bila lagi nak tengok wayang? Saya pun dah lama tak tengok wayang selepas ada anak pertama. Kira lebih kurang lepas gian juga lihat wayang, tapi kali ini bawa anak dan lebih fokus kepada cerita animasi dan karton sahaja. HAHA!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content