5 Tips Bungkus Barang Untuk Pindah Rumah

SHARE:

Perlukan kita bungkus barang dengan baik untuk berpindah? Agak nampak penatkan nak isi satu persatu, tapi itulah hakikat kena buat kalau kit...

Perlukan kita bungkus barang dengan baik untuk berpindah? Agak nampak penatkan nak isi satu persatu, tapi itulah hakikat kena buat kalau kita berpindah randah ini. Selalu kena ada kotak jikalau kerap berpindah supaya jadi senang.

1. Buang semua barang yang tak diperlukan

Anda kena buang semua barang yang anda telah lama simpan dan tidak lagi diperlukan untuk masa akan datang di rumah baru anda. Jadi tidaklah banyak barang nak kena susun dan kemas kan?

2. Susun barang ikut jenis

Anda kenalah susun barang ikut jenis supaya dapat dipermudahkan segala urusan selepas selesai pindah barang ke rumah baru, supaya anda dapat tahu bahawa itulah barang yang anda cari.

3. Kumpulkan kotak

Kalau nak berpindah ini semestinya anda perlu kumpulkan kotak supaya senang bungkus di dalam kotak tersebut sahaja. Boleh cuba cari di kedai runcit, kedai hardware atau kedai barang terpakai.

4. Masukkan barang-barang elektrik dalam kotak asal

Pastikan anda jangan buang kotak barang elektrik supaya dapat masukkan semula ke dalam kotak asal kerana di dalamnya mesti ada kabus dan barang anda akan selamat.

5. Label setiap barang dan kotak

Ini paling penting untuk tahu barang apa yang anda simpan di dalam kotak supaya tidak pening atau nak buat penambahan barang di dalam kotak tersebut sebelum berpindah.

Semoga tips ini dapat membantu anda untuk bungkus barang untuk pindah ke rumah baru daripada rumah lama.

Semoga semuanya di permudahkan segala urusan dan tiada barang yang rosak atau pecah semasa dalam perjalanan ke rumah baru.

Saya juga mengikuti 5 tips bungkus barang untuk pindah rumah ini untuk mempermudahkan urusan saya pindah rumah daripada Pulau Pinang ke Selangor.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content