Akaun Maybank Bisnes Berjaya Dibuka Semula

SHARE:

Cerita ini amat perit bagi saya sebagai seorang peniaga iaitu akaun bisnes Maybank saya telah diblock dan disekat oleh pihak Maybank kerana ...

Cerita ini amat perit bagi saya sebagai seorang peniaga iaitu akaun bisnes Maybank saya telah diblock dan disekat oleh pihak Maybank kerana disyak sebagai Mule Account @ Keldai Akaun disebabkan ada akaun ketiga saya tidak pasti siapa transfer duit ke akaun bisnes saya.


Selepas transfer duit ke akaun bisnes saya, dia telah menghilangkan diri begitu sahaja dan kami meminta pengesahan dan tersilap saya juga terlupa buat report ketika itu. Bermakna saya buat report polis lambat daripada tarikh kena tersebut.

Oleh itu pihak maybank mengklasifikasikan kami pula sebagai mule account @ keldai akaun dan RM1200 nilai tersebut telah di refund kepada akaun kena tipu itu balik.

Selepas akaun ditutup kami telah membuat laporan polis juga untuk backup diri sendiri kerana kami tidak menjual dan memberikan akses kepada sesiapa untuk masuk ke dalam akaun bank bisnes kami.

Daripada pihak Maybank mengatakan ingin memberikan nombor report polis dan sampai sekarang tiada update dan kami telah push sedikit serta berjumpa dengan pengawai penyiasat polis untuk kes lanjut.

Pegawai penyiasat polis pun bengong kerana tiada report polis di atas akaun bisnes ini dan cuma ada kes yang lepas juga. Tapi kes itu saya sudah buat report polis dahulu sebelum dia buat. Jadi kami selamat disitu.

Hasil semakan CCID Portal - PDRM : https://semakmule.rmp.gov.my/ iaitu tiada report polis yang mengatakan kami ini mule account tapi kena pihak Maybank mengatakan kami mule account.

Jadi saya membuat rayuan kepada Maybank dan sudah lebih 2 bulan baru hari ini, Alhamdullilah syukur rezekiNya telah membuatkan pihak Maybank menyiasat secara telus untuk mengatakan kami tidak bersalah dan dapatkan semula akaun Maybank saya.

Apabila terjadi kes seperti itu, bisnes saya tidak boleh buka mana-mana bisnes pun. Memang perit hidup selama 2 bulan ini tapi nasib baik saya ada backup akaun Cimb dan Bank Islam. Jadi cuma Maybank itu customer selalu tanya.

Jikalau anda nak buat bisnes itu, sila berhati-hati kerana di dalam dunia perniagaan online ini terdapat pelbagai jenis scammer @ pencuri untuk menipu anda. Mereka sedang memerhatikan anda.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content