Akaun Maybank Syarikat Berjaya Dibuka Semula

SHARE:

Setelah bersusah payah jumpa Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia dan call Maybank sebilang masa serta ada juga buat laporan kepada Bank ...

Setelah bersusah payah jumpa Pegawai Penyiasat Polis Diraja Malaysia dan call Maybank sebilang masa serta ada juga buat laporan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan akaun bank syarikat saya yang kena block disebabkan ada kes scammer masuk duit ke dalam akaun bank.

Setelah penat lelah, turun naik dan beri informasi yang betul serta tepat tentang perniagaan syarikat saya. Hari ini berjaya diselesaikan dengan pembukaan akaun bank yang baru oleh pihak Maybank sendiri dengan pantasnya!

Kes saya ini diklasifikasikan sebagai mule account / keldai akaun disebabkan ada transaksi yang mencurigakan tetapi saya tidak pernah beri akses dan apa-apa informasi berkaitan dengan akaun bank syarikat saya kepada sesiapapun.

Jadi oleh itu pihak Maybank terpaksa akur dan terima kesilapan mereka kerana tutup akaun bank syarikat yang tidak pernah menjadi mangsa keldai akaun / mule account tapi mereka tutup atas kes tersebut disebabkan banyak transaksi.

Mereka tidak siasat dahulu dan terus tutup akaun bank syarikat saya. Saya dengan rakan kongsi jadi terpinga-pinga disebabkan perkara tersebut dan kami terus buat laporan polis kerana ketidakadilan kerana tiada siasat yang sebetulnya berlaku.

Nak berniaga online / atas talian ini sememangnya akan banyak transaksi yang berlaku. Zaman sekarang dunia makan maju. Semuapun di hujung jari, tekan sana sini barang akan sampai dirumah. Nak pergi mana-mana pula tiada bawa cash yang banyak. Semua akan guna DuitnowQR ataupun e-Wallet untuk scan dimerata tempatkan?

Saya hanya berniaga online iaitu buka untuk para peniaga yang ingin daftar jadi ahli rakan niaga agent jual topup dan bayar bil. Jikalau berminat anda boleh rujuk di dalam website ini http://www.wantopup.com

Apapun saya ucap terima kasih kepadaNya kerana Maha Pemberi Rezeki lagi kepada saya untuk teruskan kehidupan dimuka bumi ini. Terima kasih.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content