Caj Upah Tukar Lokasi Coway Bamboo Plus

SHARE:

Hari ini sahaja saya hendak kongsikan satu informasi iaitu apabila anda hendak pindah ke tempat baru dan memerlukan Coway untuk mengubah Cow...

Hari ini sahaja saya hendak kongsikan satu informasi iaitu apabila anda hendak pindah ke tempat baru dan memerlukan Coway untuk mengubah Coway Bamboo Plus iaitu penapis air diluar rumah anda akan dikenakan caj sebanyak RM180.

Harga caj ini ialah untuk buka di tempat lama anda pasang penapis air luar Bamboo Plus ini ialah RM60 dan pemasangan semula di tempat baru akan dikenakan caj RM120.
Kenapa kena ada caj dan bukannya percuma ke nak tukar lokasi untuk Coway ini?
- Ianya memang percuma jikalau barang langganan Coway anda itu berada di dalam rumah sepanjang tempoh kontrak iaitu selama 5 tahun
- Jikalau barang tersebut pasang di luar rumah seperti penapis air luar rumah ini, ada harga caj tertentu mengikut jenis produk

Jadi jikalau anda hendak pasang Coway iaitu produk yang perlu pasang di luar rumah dan seandainya anda pindah, anda perlu sediakan duit untuk buka serta pemasangan semula.

Kalau barang tersebut di dalam rumah seperti penapis air dalam rumah ataupun penapis udara, rasanya tidak dikenakan caj.

Untuk produk baharu seperti aircond yang disediakan oleh Coway itu saya tidak berapa pasti disebabkan tidak menggunakan produk tersebut. Anda boleh search di website Coway sendiri.

Tetapi lupa nak beritahu, anda boleh pindah hanya sekali sahaja untuk 1 tahun seperti penapis air di dalam rumah. Jikalau nak tukar lagi, akan dikenakan caj mengikut harga yang diberikan oleh Coway.

Untuk informasi lanjut, boleh terus hubungi agent anda langgan Coway ataupun terus hubungi Customer Services Coway untuk informasi terkini sebab saya pernah kena dah agent yang saya langgan tersilap beri informasi. Rasa macam nak naik angin sebab dia kata semuanya percuma sahaja untuk sekali 1 tahun. Rupanya dia salah.

Habis rugi RM180 tapi tak mengapa, saya ubah terus ke rumah orang tua saya di kampung. Mereka akan dapat air yang bersih daripada penapis air luar ini. Semoga memberikan manfaat kepada orang tua saya. Saya risau nak pasang di rumah sewa, takut kena pindah lagi. HAHA!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content