Syamsul Mengaku Sudah Nikah Dengan Ira

SHARE:

Banyak berita tergempar sejak akhir-akhir ini di media sosial disebabkan kes kahwin dua. KUALA LUMPUR: Pengarah, Syamsul Yusof akhirnya mena...

Banyak berita tergempar sejak akhir-akhir ini di media sosial disebabkan kes kahwin dua.

KUALA LUMPUR: Pengarah, Syamsul Yusof akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini.

Pengakuan itu dibuat Syamsul menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Instagramnya, sebentar tadi.

“Alhamdulillah, saya telah bernikah secara sah dengan Ira, berwalikan bapanya, Kazar Saisi di Thailand.

“Pernikahan kami telah didaftarkan dan ia dilakukan di sini untuk memudahkan beberapa perkara.

“Pada akhirnya, saya kena letakkan noktah tentang hal rumah tangga yang tidak sepatutnya saya kongsikan di media sosial,” katanya.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berlarutan selepas wanita itu mendedahkan tentang kehadiran orang ketiga yang menganggu rumah tangga mereka.

Syamsul dan Ira bagaimanapun, sebelum ini mengunci mulut tentang hubungan mereka dan sering mengelak apabila disoal berkenaan perkara itu.

Dalam perkongsian sama, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu merayu kepada Puteri Sarah agar menghentikan tindakannya membuka cerita rumah tangga mereka kepada umum.

“Puteri Sarah masih isteri saya. Saya harap dia pulang ke rumah dan bawa anak-anak untuk selesaikan isu rumah tangga kami. Fikirkanlah, saya masih suami awak.

“Saya mahu ketenangan dan ambil jalan berbincang. Sampai bila kita mahu aib mengaibkan satu sama lain. Sudah-sudahlah,” ujarnya.

Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/syamsul-mengaku-sudah-nikah-dengan-ira/ 

Pada pendapat saya, tidak salah nak kahwin dua. Janji mampu dan dapat persetujuan isteri yang pertama baru akan jadi keluarga bahagia.

Kalau kahwin menyorok-nyorok ini ibarat tiada restu, sebab itulah mula peperangan ketiga di antara suami dan isteri.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content