Apakah Perbezaan Bisnes Online Dan Offline?

SHARE:

Banyak perbezaan apabila anda melakukan bisnes secara online ataupun offline ini kerana setiap orang akan melakukan pelbagai cara untuk mema...

Banyak perbezaan apabila anda melakukan bisnes secara online ataupun offline ini kerana setiap orang akan melakukan pelbagai cara untuk memajukan bisnes mereka sendiri.

Kadang-kala kita memang nampak bisnes online itu senang tetapi bagi sesetengah orang akan menjadi susah dan begitu juga sebaliknya untuk bisnes offline.

Dibawah ini saya akan sharekan apakah berbezaan bisnes online dan offline supaya anda cepat faham.

PREMIS
Bisnes Online
Untuk peniaga secara online anda tidak perlukan permis dan boleh jual di media social secara percuma ataupun webhosting dengan domain menggunakan bayaran bulanan mahupun percuma juga tersedia
Bisnes Offline
Untuk peniagaan offline anda perlu ada kedai ataupun premis untuk running sebuah bisnes dan kemungkinan memerlukan kos bayar bulanan pada harga yang tinggi

MODAL PERMULAAN
Bisnes Online
Anda boleh mulakan secara dropship dengan tanpa modal ataupun modal dengan rendah kerana tidak perlu simpan stok untuk pelanggan melihat barangan anda
Bisnes Offline
Anda perlukan barangan serta stok yang banyak kerana semestinya ada sediakan barangan untuk display kepada customer yang datang walk in ke kedai

LOKASI
Bisnes Online
Anda boleh berniaga dimana-mana sahaja seluruh malaysia jikalau anda mahu dan tidak memerlukan kos untuk berpindah kerana dunia online ini adalah dunia tanpa had
Bisnes Offline
Anda memerlukan lokasi yang strategik dan ramai orang untuk menampakkan bisnes anda sebelum customer tahu bahawa anda menjual sesuatu barang ataupun produk

PEKERJA
Bisnes Online
Anda boleh jadi boss ataupun tokey mahupun pekerja sendiri secara berseorang kerana tidak memerlukan banyak pekerja jikalau masih baru
Bisnes Offline
Anda memerlukan pekerja kerana apabila anda ada hal, semestinya perlu meninggalkan kedai atau premis untuk pergi ke tempat lain. Kalau tidak kedai anda operasi tanpa pekerja

PELANGGAN
Bisnes Online
Pelanggan di dunia alam maya online ini begitu ramai dan dimana-mana sahaja mereka berada seperti di media social dan membuat carian contoh seperti di google
Bisnes Offline
Pelanggan anda mengikut lokasi anda berniaga dan perlukan iklan yang lebih untuk tarik perhatian masuk ke kedai atau premis anda

PENGIKLANAN DAN PEMASARAN
Bisnes Online
Mudah untuk membuat iklan dan pasarkan produk atau barangan anda kerana media social yang percuma banyak dan memudahkan untuk iklan. Janji kerap iklan dan konsisten
Bisnes Offline
Perlu buat banner dan tampal di sekitar tempat anda berniaga untuk melihat apa barangan ataupun produk anda berniaga

RISIKO
Bisnes Online
Banyak pesaing di dalam online ini, kena banyak main harga dan kadang-kadang jikalau beli dengan harga mahal. Takkan nak juga dengan harga pulakan?
Bisnes Offline
Pesaingan tak ramai jikalau buka di tempat untuk jual produk atau barang yang belum pernah ada disitu dan membuatkan ramai penduduk disitu akan teruja dan serbu kedai atau premis anda

MASA UNTUK KELUARGA
Bisnes Online
Lebih banyak masa untuk anda bersama keluarga kerana anda akan semestinya duduk di rumah untuk membuat kerja sebilang masa. Kalau ada anak kacau pun masih boleh belai di tepi komputer anda
Bisnes Offline
Perlu keluar bekerja seperti orang biasa yang makan gaji walaupun anda sendiri boss dan kemungkinan anda masuk lewat sedikit tapi masa itu akan jadi kurang

Pada dunia zaman hari ini, banyak yang daripada perniagaan bisnes offline hendak pergi ke bisnes online tapi akhirnya kecundangan sedangkan pada bisnes offline mereka sales banyak.

Kita akan ikut juga atas jenis barang dan produk kita jual dan itu yang paling penting. Jikalau pasaran lebih kepada offline, jadi teruskan bisnes offline dan tidak perlu membuat online.

Jadi semoga berjaya untuk semua peniaga diluar sana dan sentiasa dimurahkan rezeki.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content