Cikgu Gaji 2.3K? Baik Buat Foodpanda

SHARE:

Betul ke kerja gaji Foodpanda lagi baik daripada gaji cikgu? Cuba anda baca ayat dibawah ini daripada salah seorang ahli berdaftar Facebook ...

Betul ke kerja gaji Foodpanda lagi baik daripada gaji cikgu? Cuba anda baca ayat dibawah ini daripada salah seorang ahli berdaftar Facebook tentang arwah abahnya berkata.

Teringat arwah abah dulu pernah bagitahu,
"Jadi cikgu ni tak kaya. Tapi tak ada la hidup susah.

Yang mahalnya tentang jadi cikgu, ada cuti panjang boleh balik jenguk orang tua kat kampung. Di situ mahalnya.

Lebih penting, kita didik dan jaga anak orang ni banyak keberkatan dalam hidup kita".

Ya, gaji cikgu tak besar. Gaji permulaan degree pun tak sampai RM2300 sebenarnya. Lebih besar gaji rider Foodpanda okeh.

Tapi tak apa lah. Ada kelebihan tempat lain pula. Antaranya loan. Nak loan mudah. Haha.

Silap buat loan konon nak kaya join MLM, silap-silap terus kayap. Wakaka.

Seorang kawan aku pernah berkata,
"Nak kenal rumah cikgu senang je. Rumah besar, kereta Wira ke, kereta Myvi ke.

Dia dah buat loan besar untuk rumah, dah tak mampu nak pakai kereta besar".

Tergelak aku. Bila aku perhati betul juga. Tapi tak semua lah. Ada je yang rumah kecik kereta kecik, rumah besar kereta besar. Atas rezeki masing-masing dan cara handle kewangan masing-masing.

Apa pun, tak perlu la meremehkan kerja orang lain. Setiap bidang pekerjaan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Begitulah.

Sumber : Facebook @Mohdfadlisalleh

Jadi kerjalah apa pun dan usahalah apa rezeki yang anda nampak di depan mata dan janganlah sesekali pertikai rezeki kerja di bahagian atau di tempat lain. Kadang-kala kita bukan duduk dibahagian tempat kerja tersebut dan kita boleh berkata macam-macam.

Ada sesetengah orang suka free lifestyle jadi dia boleh kerja Foodpanda dengan bekerja keras serta kejar sales untuk dapatkan gaji serta pulangan yang tinggi dan kalau bijak boleh menyimpan dan buat hibah jikalau terjadi apa-apa dengan kita dan kena ingat juga kalau kerja ada gaji dan kalau tidak kerja tiada gaji contohnya ditimpa musibah.

Kalau kerja cikgu ini kemungkinan kalau sakit gaji tetap berjalan dan juga senang buat pinjaman / loan seperti ayat di atas. Biasalah kerja kerajaan ini banyak yang percaya disebabkan gaji maintain dan kemungkinan akan naik lepas setahun ke setahun dan ada juga pencen.

Bagi pendapatan saya, kerjalah apa pun janji pandai manage untuk segala segi aspek dan saya tidak sokong dengan kenyataan di atas kerana dia macam memerli dan mengajak orang kerja Foodpanda daripada kerja Cikgu.

Dalam dunia ini kalau semua diberikan tugasan yang sama, siapakah nak buat tugasan lain-lain. Sebab itu Allah S.W.T. bagi kerja dengan rezeki yang berbeza supaya kita saling melengkapi satu antara satu sama lain. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content