$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

6 Amalan Murah Rezeki

SHARE:

Untuk jadikan kita sentiasa murah rezeki dan rezeki masuk tanpa henti kena buat amalan ini. Saya selalu lakukan amalam ini untuk kita pergi ...


Untuk jadikan kita sentiasa murah rezeki dan rezeki masuk tanpa henti kena buat amalan ini. Saya selalu lakukan amalam ini untuk kita pergi lebih jauh dan tanpa disangka-sangka rezeki itu datang kepada kita sendiri tanpa perlu dijemput selalu.

Jom saya hendak kongsikan 6 Amalam Murah Rezeki kepada semua pembaca WanFar Media

1) Selalu Bahagiakan Isteri
Apabila sudah berumah tangga, isteri merupakan permaisuri di dalam rumah. Andai kata permaisuri tidak sihat, merajuk, sakit, marah dan sebagainya. Cuba anda lihat keluarga anda mesti menjadi porak-peranda. Nak bahagiankan isteri ini tidaklah kena beli barangan yang mahal dan makanan yang mewah. Cukuplah kalau ada rezeki kita kongsikan bersama termasuklah anak-anak.

2) Zakat Tanpa Henti
Selalu memberikan zakat tanpa henti pada orang sekeliling dan badan yang wajib pungut zakat tersebut. Contoh zakat harta, zakat fitrah dan segala jenis zakat yang anda patut bayar dan jikalau ada lebih. Ibarat memberikan sumbang zakat kepada orang yang memerlukan dengan niat zakat yang betul

3) Menangani Orang Negatif
Orang negatif ini terlampau ramai termasuklah keluarga, saudara serta kawan-kawan sendiri. Mereka tidak akan bantu kita kalau hendak mulakan perniagaan dan akan nampak kita apabila sudah berjaya. Itu semua lumrah hati manusia yang sentiasa dengki terhadap orang lain. Oleh itu, kita kena bangun dan cari circle yang terbaik untuk kita pergi lebih jauh.

4) Usah Terlalu Kejar Glamour
Tidak perlu nak kejar sangat jadi popular dan glamour itu kerana semua itu akan datang sendiri apabila anda sudah banyak rezeki yang masuk. Orang yang sahaja kejar glamour ini tidaklah dapat banyak sangat pun, cuma apa yang ada depan mata semua nak tunjuk habis kepada satu dunia.

5) Bantu Kerja Orang, Duit Masuk!
Apabila kita sentiasa menolong kerja orang, kita sekali akan jadi mudah kerja kerana rezeki itu dimana-mana sahaja. Jangan kedekut apabila orang perlukan bantuan kerana dengan itu kita akan dapat belajar juga sekali bersama-sama dan akan tingkatkan ilmu kita dengan bisnes yang kita handle sendiri.

6) Belanja dan Tolong Orang Secara Rahsia!
Bagi duit kat orang tidak perlu pun nak tunjuk kepada seluruh dunia dan buat live kata benda ini adalah terbaik. Kalau boleh tutup muka kerana semua itu privasi. Ini nak tolong orang siap ada video, live, gambar dan sebagainya nak beritahu bahawa kita ni kaya dan banyak duit. Seeloknya buat senyap-senyap kerana janji Allah S.W.T. itu pasti.


Oleh itu amalkan segala perkara di atas untuk kita sentiasa dimurah rezeki selalu dan tidak kedekut kepada orang yang memerlukan. Nasihat ini kepada semua dan juga untuk diri saya sendiri.

Semoga yang baik diambil iktibar dan yang kurang baik jangan ikut sama sekali.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content