INFO ISLAMIK : Kadar Fidyah 2026 Setiap Negeri & Cara Bayaran Online (SETIAP NEGERI)

SHARE:

  Kadar Fidyah 2026 Setiap Negeri & Cara Bayaran Online Kadar Fidyah 2026 ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh M...

 

Kadar Fidyah 2026 Setiap Negeri & Cara Bayaran Online

kadar fidyah 2026

Kadar Fidyah 2026 ditetapkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri di seluruh Malaysia bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab menggantikan puasa yang ditinggalkan. Layari portal rasmi Mufti WP untuk mengetahui kadar fidyah yang perlu dibayar dan persoalan-persoalan berkaitan di www.muftiwp.gov.my

Untuk mengetahui kadar fidyah 2026 yang terkini mengikut negeri dan cara bayar online, anda boleh layari portal rasmi Majlis Agama Islam negeri masing-masing.

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah BALIGH kerana meninggalkan puasa WAJIB atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada) Ramadan.

Adakah anda tak sempat ganti puasa tahun lalu? Anda tak pasti sama ada kena bayar atau tidak?

Rujuk perkongsian penuh di bawah.


Apakah Itu Fidyah?

Pembayaran fidyah hukumnya wajib. Ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

Sekiranya tidak dilaksanakan, ia akan menjadi satu tanggungan atau hutang kepada Allah SWT.

fidyah 2025

DALIL PENSYARIATAN

 i) Al-Quran

Firman Allah SWT:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Yang bermaksud: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 184)

ii) Al-Hadis

Hadis daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

Yang bermaksud: “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Siapa Wajib Bayar Fidyah?

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan

 

Kadar Fidyah 2026 Setiap Negeri

Berikut adalah Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2026

Negeri / WilayahKadar Fidyah 2026 (RM/hari)GandaanLink Rasmi / Utama Bayar Fidyah Online
KedahRM2.00 (Beras Super Special Import), RM4.00 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi)Yahttp://fidyahkedah.gov.my/
PerlisRM5.00Tidak dikenakanhttps://digital.maips.gov.my/
Pulau PinangRM1.75Yahttps://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
PerakRM2.50 (Beras Super Special Import), RM4.00 (Beras perang,pulut,herba ponni atau wangi), RM6.75 (Beras basmathi, jepun atau merah)Yahttps://fidyah.maiamp.gov.my/
SelangorRM4.00Yahttps://www.zakatselangor.com.my/fidyah/
Wilayah Persekutuan Kuala LumpurRM4.00Pilihan ikut kemampuanhttps://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/
Negeri SembilanRM1.90Yahttps://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php
MelakaRM2.00Yahttps://fidyah.maim.gov.my/
JohorNilai zakat fitrah semasa bahagi 4Yahttps://www.maij.gov.my/
PahangRM1.75Yahttps://zakatpahang.my/fidyah/
TerengganuRM2.50Yahttps://app3.maidam.gov.my/fidyah/
KelantanRM2.00Yahttps://efidyah.e-maik.my/
SarawakRM1.90Yahttps://baitulmal.sabah.gov.my/
SabahRM1.90Yahttps://www.tbs.org.my/


Portal Bayar Fidyah 2026 Setiap Negeri Secara Online

Cara Kira Fidyah

Harga bayaran fidyah dikira berdasarkan harga beras semasa iaitu secupak.

Harga tersebut berubah mengikut harga semasa yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat.

Beras hasil bayaran ini pula perlu disalurkan kepada fakir miskin.

Bagi mengira berapa yang perlu dibayar, kiraan adalah seperti formula di bawah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah = Fidyah yang perlu dibayar.

Contoh Kiraan :

Kadar bayaran bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1446H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM4.00.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran sahaja digandakan.

Apa Itu Gandaan Fidyah?

Sekiranya puasa ditinggalkan sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan.

Sebagai contoh, jika puasa ditinggalkan pada tahun 2016 (1437 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2017 (1438 H) sehingga 2022 (1443 H).

Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Tahun pertama 1437 H hingga 1438 H tidak perlu dikira kerana ia masih di dalam tempoh boleh qadha puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya.

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang perlu dibayar


Hukum Bayar Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 184,

Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.

Semoga bermafaat dan jangan lupa bayar!


Soalan Lazim Kadar Fidyah 2026

Siapa Wajib Bayar Fidyah?

Orang Islam yang tidak boleh mengganti puasa Ramadan disebabkan uzur tetap seperti orang tua, sakit kronik (tiada harapan sembuh), ibu mengandung/menyusui (risiko kesihatan anak), atau meninggal sebelum qadha’ serta individu yang tidak sempat menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan tahun berikutnya.

Adakah Fidyah Berganda Jika Puasa Tertinggal Berpuluh Tahun?

Ya di kebanyakan negeri (kecuali Perlis). Formula: (Hari puasa × Kadar negeri) × Bilangan tahun tertinggal.

Bolehkah Bayar Fidyah Sebelum Ramadan?

Membayar fidyah sebelum Ramadan tidak diharuskan bagi orang tua renta atau sakit kronik yang sudah pasti tidak mampu berpuasa Ramadan tersebut. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, fidyah hanya wajib setelah masuk bulan Ramadan atau setelah puasa ditinggalkan. Namun, fidyah boleh dibayar sekaligus pada awal atau pertengahan Ramadan.

Bayar Fidyah Bentuk Wang Atau Beras?

Kedua-duanya pun boleh. Pada zaman sekarang, pembayaran fidyah jugaboleh dilakukan secara dalam talian dalam bentuk cashless.

Bolehkah Bayar Fidyah di Luar Negeri Saya?

Disunatkan bayar di negeri domisili (kadar tempatan), tetapi sah di mana sahaja asalkan dibayar mengikut ketetapan Majlis Agama Negeri masing-masing.

Apa Buat Jika Tidak Mampu Bayar Fidyah Penuh?

Bayar mengikut kemampuan (sekurang-kurangnya 1 cupak/hari), niat sah. Boleh ansurkan secara berperingkat.

Di mana boleh buat bayaran fidyah?

Anda boleh membayar secara dalam talian (online) melalui portal rasmi zakat negeri masing-masing untuk lebih mudah.


Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content