$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Adakah Selamat Tidur dalam Kereta?

SHARE:

KADANGKALA kkita terpaksa tidur dalam kereta, dan keputusan itu tidak harus dipandang ringan. Bagaimanapun, jika timbul keraguan, memang leb...


KADANGKALA kkita terpaksa tidur dalam kereta, dan keputusan itu tidak harus dipandang ringan. Bagaimanapun, jika timbul keraguan, memang lebih baik bermalam di hotel.

Artikel ini cuma memberi jawapan kepada beberapa soalan yang lazim ditanya kalangan pemandu yang terpaksa tidur dalam kereta. Maklumat dikongsi ini bukan sekadar membantu anda membuat keputusan rasional sama ada mahu bermalam dalam kereta atau sebaliknya.

Secara am, adalah selamat untuk kita tidur semalaman dalam kereta dengan syarat enjin sudah dimatikan dan diparkir di tempat selamat. Ini kerana kereta tidak bersifat kedap udara yang bermaksud oksigen dapat memasuki kabin sepanjang malam, sekali gus membolehkan kita bernafas dengan selesa walaupun cermin tingkap dan pintu ditutup.



Padamkan penyaman udara ketika tidur adalah harus bagi mengelakkan risiko kebocoran sistem ekzos ke dalam kabin. Jika perlu guna penyaman udara, pastikan dimatikan sebelum tidur. Boleh sejukkan kereta dengan syarat enjin dimatikan semula sebelum tidur. Tiada masalah buka sedikit tingkap supaya udara segar masuk kabin.

Berikut beberapa persoalan mengenai tidur dalam kereta:

1. Adakah Selamat Tidur dengan Enjin Hidup?
TIDAK. tidur tanpa mematikan enjin boleh menyebabkan gas beracun masuk ke kabin. Karbon monoksida (CO²) ialah gas tanpa bau dan warna yang dikategori sebagai beracun. Gas itu dibebaskan menerusi sistem ekzos dan boleh terkumpul pada kadar pantas dalam ruang tertutup.

2. Adakah Selamat Tidur dengan Tingkap Ditutup?
Ya, situasi itu dikatakan selamat kerana udara sedar tetap masuk dalam kabin. Malah lebih selemat tidur dengan tingkap tertutup jika bimbang dengan keselamatan sekeliling.

Jika tidur di kawasan iklim panas, boleh buka atau turun sedikit tingkap supaya udara sejuk masuk. Jangan buka terlalu luas.

3. Bolehkah Tidur dalam Kereta ketika Penyaman Udara Masih Hidup?
JANGAN. Anda tidak patut tidur dalam kereta dengan penyaman udara masih hidup walaupun dalam tempoh singkat. Ini tindakan amat berbahaya kerana gas CO² boleh meresap masuk dalam kabin dan mengancam kesihatan.

4. Bolehkah Tidur dengan Enjin Kereta Dimatikan?
BOLEH. Ya, kita boleh tidur dalam kereta ketika ejiin tidak aktif. Udara tetap boleh masuk kabin. Apa kita perlu buat adalah memarkir kereta di tempat selamat.

5. Boleh Saya Lemas Tidur dalam Kereta?
Kereta tidak bersifat kedap udara dan kita tidak akan lemas jika tidur dalam kereta. Ini bermaksud karbon dioksida boleh keluar dari kabin dan digantikan udara bersih. Pastikan enjin dimatikan sebelum tidur.

6. Adakah Oksigen Boleh Habis Jika Tidur dalam Kereta?
Kita tidak akan kehilangan bekalan oksigen ketika tidur dalam kereta walaupun tingkap ditutup dan enjin dimatikan. Kereta tidak bersifat kedap udara, dan ada kajian mendakwa udara bersih akan masuk secara natural setiap 1-3 jam.

Kadar paras oksigen mungkin berada pada tahap ancaman jika ada lapan hingga sembilan individu berada dalam kereta pada satu-satu masa.

7. Perlukah Buka Tingkap ketika Tidur?
TIDAK. Anda tidak perlu buka tingkap ketika tidur dalam kereta. Udara tetap boleh masuk dalam kabin walaupun tingkap ditutup. Maksudnya, ada aliran udara masuk ketika waktu malam.

Jika tidur di tempat beriklim panas, anda diminta buka tingkap untuk membolehkan udara sejuk masuk. Cuma, jangan buka terlampau luas demi keselamatan.

Sumber : https://pandulaju.com.my/tahukahanda-adakah-selamat-tidur-dalam-kereta/

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content