$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Baru Sehari Kahwin, Pasangan Pengantin Baharu Ditahan Edar Dadah

SHARE:

Kedua-dua suspek ditahan ketika berada dalam sebuah kereta pada jam 12.30 tengah hari tadi. - Gambar hiasan Zaman sekarang ini kalau ikutkan...


Kedua-dua suspek ditahan ketika berada dalam sebuah kereta pada jam 12.30 tengah hari tadi. - Gambar hiasan

Zaman sekarang ini kalau ikutkan hati memang binasa kerana ingin cepat kaya dengan menjual dadah. Yang peliknya sehingga suami isteri yang baru lepas kahwin terus ditangkap. Mungkin sebelum ini aktiviti mereka sebegitu.
TELUK INTAN: Polis menahan sepasang suami isteri berusia 23 dan 24 tahun yang baru melangsungkan perkahwinan semalam berdekatan parkir sebuah masjid di Chikus, Langkap di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika berada dalam sebuah kereta pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Katanya, serbuan dilakukan pasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Hilir Perak itu menemukan beg pakaian mengandungi 20 bungkusan plastik berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 9.268 kilogram.

Ahmad Adnan berkata, difahamkan kedua-dua suspek sedang menunggu pembeli di kawasan parkir tersebut, sebelum ditahan polis.

"Tangkapan melibatkan sepasang suami isteri berumur 23 dan 24 masing-masing yang baru melangsungkan perkahwinan semalam (24 April).

"Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis methamphetamine.

"Mereka beralamat di Teluk Intan dan kedua- duanya tidak berkerja. Rampasan dipercayai untuk diedarkan ke luar daerah Hilir Perak.

"Jumlah rampasan boleh menampung keperluan hampir 10,000 penagih," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/baru-sehari-kahwin-pasangan-pengantin-baharu-ditahan-edar-dadah-416860

Selalunya orang yang menjual bahan terlarang ini mereka tidak hisap atau telan dadah ini tapi ingin mendapatkan duit dengan cepat. Itu sahaja motif mereka buat perkara yang pelik-pelik pada zaman sekarang ini.

Tapi kes di atas sudahlah hisap selepas itu mengedar pula atau mereka simpan hanya buat stok sahaja?

Kesian mereka kerana akan disiasat dan jikalau dijatuhkan hukuman, mesti kena yang berat-berat.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content