$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Ibu Tukar Lampin Anaknya Beralaskan Sejadah

SHARE:

Di dalam media social Facebook ada seorang menyatakan cerita singgah di Rehat & Rawat (RNR) untuk solat sebentar dan ternampak peristiwa...


Di dalam media social Facebook ada seorang menyatakan cerita singgah di Rehat & Rawat (RNR) untuk solat sebentar dan ternampak peristiwa ada seorang wanita menukar lampin anaknya dengan lapik guna sejadah.

Singgah solat di Petronas R&R Seremban.
Selesai solat, nampak ada seorang ibu bersihkan lampin anaknya. Anaknya comel, yang tak comel adalah perbuatan ibunya.
Tukar lampin anak beralaskan SEJADAH. 😓
Selepas lap punggung anak, punggung anaknya itu betul-betul terletak di tempat sujud.
Saya tegur, "Kak, sejadah orang buat solat tu. Risau terkena najis anak."
Dia yang masih membersihkan anaknya dengan tisu basah - mengerling ke arah saya dengan senyum sinis, "Tak. Tak kena najis."
Terkesima mendengar nada ibu itu. Semacam jengkel. Saya kata lagi, "Kita tak tahu kot ada sisa najis terkena sejadah tu."
Terus ibu itu membalas, "Tak. Saya tahu."
Nada masih keras.
Hmmm entahlah.
Kalaupun kita yakin kita sudah bersihkan najis anak sebaiknya, tetaplah itu alas tempat orang solat.
Sebelum bangun, saya tegur sekali lagi, "Lain kali jangan buat lagi ya. Tempat orang solat tu."
Dia hanya menjeling dengan wajah masam.
.
Musim perayaan ini, R&R penuh, stesen minyak penuh, tandas penuh, surau penuh. Semua orang stres, nak cepat sampai, nak pergi beraya.
Tapi jangan sampai hilang nilai kemanusiaan.
Saya pun pernah ada baby. Tak pernah lagi saya tukar lampin dan lap punggung anak beralaskan sejadah awam.
Kalau terlupa bawa alas, carilah apa-apa plastik. Tak pun alas dengan tisu. Selalunya tukar di atas kerusi kereta sendiri sahaja. Bukan nak kata kita baik, tapi risau najis anak terserak ke lain.
.
Yang nak berhenti solat, nampaknya baik kita teruskan amalan bawa sejadah dan telekung sendiri jika mahu benar-benar menjamin kebersihan.
Macam-macam cara orang nak cepat selesaikan urusan peribadi hingga lupa kebajikan orang lain. Kadang ke tahap yang kita tak terfikir.
Semoga Allah ampunkan kita semua. 😢
.
NOTA: Tisu basah tidak menyucikan najis, hanya boleh diguna demi menghilangkan kotoran. Wajib anggota atau tempat najis dialirkan air mutlak.
Rujuk:

Sumber : https://www.facebook.com/husnaadnan


Walaupun ditegur oleh penama tersebut tapi masih lagi menjawab dan tidak peka dengan keadaan sekeliling. Kalau tidak pandai, jangan buat memandai supaya tidak lakukan dosa secara sengaja kepada orang lain yang tidak tahu perkara yang berlaku.

Semoga kerap membaca dan tahu apa yang perlu buat dan apa yang tidak perlu buat termasuklah saya sendiri. Peringatan ini supaya dapat membuka semua pihak supaya lebih sentiasa berjaga-jaga.

Di tempat umum, kita tidak pasti apa yang orang lakukan terhadap barang yang berada disekeliling. Seeloknya bawa peralatan solat sendiri seperti songkok, sejadah, kain pelikat, telekung dan barang lain dirasakan perlu untuk elak daripada terkena najis yang kita tidak tahu apa mereka buat di tempat itu.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content