Iftar Di Restoran Man Bai Ikan Bakar

SHARE:

Jalan-jalan cari makan lagi untuk hari ini bersama keluarga tercinta. Pada mulanya rancang nak beli di Bazar Ramadhan USJ 4 selepas hantar s...

Jalan-jalan cari makan lagi untuk hari ini bersama keluarga tercinta. Pada mulanya rancang nak beli di Bazar Ramadhan USJ 4 selepas hantar simkad kepada pelanggan yang tinggal di Petaling Jaya tetapi disebabkan jalan begitu sesak di kawasan situ risau bazar kemana, makan kemana dan semuanya tidak menjadi.


Akhir sekali suruh isteri cari kedai makan untuk berbuka puasa @ iftar kerana mungkin kami akan sampai pada pukul 7 daripada Petaling Jaya ke Bandar Subang Pinggiran. Tapak kedai makan Manbai Ikan Bakar di seperti di Foodcourt kerana ternampak juga kedai lain dikawasan situ.
Restoran Man Bai Ikan Bakar
Man Bai Ikan Bakar, Jalan Apollo Ch U5/Ch, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
019-465 2424


Kami telah membuat tempahan ketika hendak menuju ke sana dan Alhamdullilah dapat juga meja untuk berbuka puasa disana. Tempatnya boleh tahan luas walaupun hanya Food Court sahaja.


Boleh dikatakan Full House booking juga ini kerana meja semuanya penuh tanpa ada meja kosong. Kalau lalu daripada Highway Dash anda akan perasan nama kedai ini disebabkan banner iklan kedai ini agak tinggi juga. Kalau saja-saja nak cari kena guna online baru boleh jumpa disebabkan tersorok di sebalik TNB.


Di atas ini adalah menu kami makan iaiau Set B harganya RM85 di tambah pula dengan air dan Kerang Bakar dan anggaran dalam RM108 sahaja. Begitu sedap dan menyelerakan. Rugi kalau tidak perasa rasa di Mambai Ikan Bakar.

Jadi kalau tidak sempat pergi ketika ramadhan waktu bulan puasa ini. Rasanya lepas raya juga masih buka kedai ini. Selamat mencuba!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content