Ihsan-i : Permohonan Pinjaman KWSP Bercagar Bank ~ BSN & MBSB (Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP)

SHARE:

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang Pinjaman Bercagar KWSP ini kan.. Jom kita fahami bersama, baiklah jom kita fahami maklumat secara um...

Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang Pinjaman Bercagar KWSP ini kan..

Jom kita fahami bersama, baiklah jom kita fahami maklumat secara umum...

KONSEP SYARIAH
"Tawarruq melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urusniaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani."

Baiklah.. penjelasan ini adalah secara ringkas demi kefahaman umum. 


Nak tahu siapa yang layak? 

KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Semua ahli KWSP berumur 40 sehingga 54 tahun.
  • Mesti mempunyai baki simpanan minimum RM3,000 dalam Akaun 2.
  • Pemegang i-Akaun berdaftar dengan KWSP

Agaknya berapakah jumlah yang boleh dipinjamkan oleh bank. 

JUMLAH PEMBIAYAAN
Minima: RM3,000
Maksima: RM50,000
Berapa lama nak kena bayar pinjaman ni?
TEMPOH PEMBIAYAAN
Minima: 2 tahun
Maksima: 10 tahun
Ramai dari mereka yang ingin memohon tidak mengetahui tentang nilai interest ~ Penerima Pinjaman
Jom kita ketahui apakah nilai keuntungan ~ Pemberi Pinjaman.

KADAR KEUNTUNGAN BANK
Kadar pembiayaan yang kompetitif pada SBR + 1.75% setahun dengan kadar siling 15% setahun.




Kementerian Kewangan melalui kenyataan akhbar bertarikh 21 Mac 2023, KWSP telah memperincikan mekanisme serta terma dan syarat bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bagi membolehkan pencarum membuat pengeluaran awal bersyarat sebelum umur 50 tahun dan 55 tahun.

Untuk membuat semakan sama ada anda layak membuat permohonan bagi pinjaman bercagar KWSP (FSA2 MBSB) ini, sila ikuti langkah berikut:
  • Daftar dan aktifkan i-Akaun sekiranya perlu
  • Semak kelayakan di i-Akaun
  • Mohon di institusi perbankan yang mengambil bahagian mulai 7 April 2023 (BSN & MBSB)
  • Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self Service Terminal (SST) di cawangan KWSP berdekatan bagi membolehkan anda menerima nombor Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan.

Layari https://fsa2.kwsp.gov.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fasiliti Sokongan Akaun KWSP 2 ini.

Jom lihat maklumat lanjut tentang FSA2 yang akan ditawarkan oleh dua bank ini.

BSN & MBSB menawarkan kemudahan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 14 April 2023.


(1) Bank Simpanan Nasional (BSN)


DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang).
  • Borang Permohonan (atas talian).
  • Notis Permohonan Pengeluaran Awal Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 tahun (selepas proses penerimaan Surat Tawaran dilakukan).
  • Penyata Pendedahan Produk.
  • Kesedaran dan Kefahaman Mengenai BSN MyRinggit Insan-i (Senarai semak soal selidik melalui halaman laman sesawang / portal BSN).
  • Dokumen pendapatan atas permintaan BSN.
  • Dokumen lain yang mungkin diperlukan oleh BSN.
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
  1. Sila layari laman web rasmi BSN yang berikut untuk membuat permohonan : https://www.bsn.com.my/page/Insan-i
  2. Memahami dan menerima Kesedaran & Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2
  3. Isi nama dan kad pengenalan, semak kelayakan KWSP untuk permohonan.
  4. Klik teruskan dan sahkan identiti anda menerusi nombor TAC yang diterima.
  5. Isikan jumlah dan tahun pembiayaan yang ingin dipohon.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan pembiayaan.
  7. Permohonan anda akan diproses dalam 5 hari bekerja berdasarkan penialain kredit dan status bankrap.
  8. Notifikasi SMS akan dihantar sekiranya permohonan diluluskan dan seterusnya melakukan penerimaan tawaran pembiayaan secara atas talian.
  9. Anda boleh menyemak status permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/insan-i menggunakan ID dan kata laluan yang didaftarkan.
Maklumat Lanjut
Sila rujuk maklumat sepenuhnya tentang pinjaman bercagar KWSP BSN Insan-i di sini:

Lihat semua kadar perbankan.
Lihat semua fi & caj.
Tertakluk pada Terma & Syarat.
Dapatkan maklumat terkini oleh BSN melalui saluran berikut:

Laman web rasmi BSN : https://www.bsn.com.my/
Hotline BSN : 1300 88 1900
Facebook : BSN Malaysia


(2) MBSB Bank Berhad


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, jumlah pembiayaan maksimum adalah RM50,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 10 tahun.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang FSA2 yang ditawarkan oleh MBSB Bank ini.


LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN
  1. Sila layari pautan https://www.fsa2mbsbbank.com untuk membuat permohonan.
  2. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut untuk memohon:
  3. Mempunyai KWSP i-Akaun
  4. Baki minima Akaun 2 sebanyak RM3,000
  5. Berumut 40 hingga 54 tahun.
  6. Permohonan pembiayaan antara RM3,000 hingga RM50,000
  7. Teliti Kesedaran dan Kefahaman Mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2.
  8. Isikan maklumat yang diperlukan di Borang Kelayakan Pembiayaan.
  9. Klik TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui Nombor TAC.
  10. Isikan jumlah pembiayaan yang diperlukan dan maklumat lain pada Borang Permohonan.
  11. Permohonan akan diproses berdasarkan penilaian kredit dan status bankrap anda.
  12. Sekiranya permohonan anda dilulukskan, anda akan menerima SMS sebagai Penerimaan Pembiayaan (setuju terima) kepada jumlah pembiayaan.

Maklumat Lanjut Ihsan-i MBSB
Maklumat berkaitan jumlah pembiayaan, tempoh dan jumlah bayaran semula setiap bulan akan dipaparkan dalam laman web MBSB.

Untuk mendapatkan maklumat dari cawangan terdekat, sila buat carian lokasi di pautan ini: https://www.mbsbbank.com/bm/find-branch

Anda juga boleh menghubungi MBSB Bank melalui saluran berikut:

Facebook : MBSB Bank
Tel: 03-2096 3000
Faks: 03-2096 3292
Waktu Operasi :
Pertanyaan Umum: 9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Pertanyaan M Journey Online Banking: 7.00 pagi – 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti Umum)
Pertanyaan Cash Recycling Machine (CRM): 7.00 pagi – 12.00 tengah malam (Setiap Hari termasuk Cuti umum)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content