Kadar Nilai Zakat Fitrah 2023 Setiap Negeri Malaysia

SHARE:

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada ...

Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Hukum zakat fitrah ialah wajib ke atas Muslim dengan syarat seperti berikut:

  1. Beragama Islam (bukan murtad)
  2. Berakal
  3. Hidup pada sebahagian Ramadan dan sebahagian Syawal

Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.7kg beras atau senilai dengannya (ijtihad).

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
  • Waktu wajib: Apabila terbenam matahari di akhir 30 Ramadan sehingga terbit matahari esoknya.
  • Waktu afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  • Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  • Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 Syawal.
  • Waktu haram: Selepas terbenam matahari 1 Syawal.
Kewajipan zakat fitrah
  • Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  • Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
KADAR NILAI ZAKAT FITRAH 2023

Negeri

2023

2022

Perlis

RM7.00

RM7.00

Kedah

RM6.50 / RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Pulau Pinang

RM7.00 / RM13.00 / RM20.00

RM7.00 / RM13.00 / RM20.00

Kelantan

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Terengganu

RM8.00 / RM10.00 / RM24.00

RM7.00

Perak Darul Ridzuan

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00

Selangor

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Pahang Darul Makmur

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00

Negeri Sembilan

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00 / RM10.00 / RM21.00

Melaka

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

Johor

RM7.00 / RM13.00

RM7.00 / RM10.00

Sabah

RM7.00

RM7.00

Sarawak

RM7.00

RM7.00

Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan

RM7.00 / RM14.00 / RM21.00

RM7.00/ RM14.00/ RM21.00


Jadi kalau kesempatan itu selesaikan dengan secepat mungkin sebelum terlambat kerana kesibukan mencari baju raya, sibuk juadah berbuka puasa dan macam-macam sibuk ada.


Sekarang ini juga canggih kerana pejabat zakat ada juga mengeluarkan bayar zakat online untuk semua dan amat memudahkan urusan. Anda boleh cuba google dengan taip Zakat Negeri Anda untuk melihat pembayaran zakat online jikalau tidak pernah ternampak atau terserempak dengan amil.

Semoga segalanya dipermudahkan segala urusan hendaknya! Amin

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content