$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kanak-Kanak Perempuan Umur Setahun Maut Akibat Strok Haba di Kelantan

SHARE:

Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya itu, Nur Imani, mulai batuk sejak seminggu lalu dan mengalami simptom muntah-muntah be...


Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya itu, Nur Imani, mulai batuk sejak seminggu lalu dan mengalami simptom muntah-muntah beberapa hari selepas itu. - Gambar/ Astro AWANI

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan dari Kampung Kota, di sini, meninggal dunia pada Selasa dipercayai kerana strok haba.

Menurut Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir, anak tunggalnya itu, Nur Imani, mulai batuk sejak seminggu lalu dan mengalami simptom muntah-muntah beberapa hari selepas itu.

"Punca kematian hasil 'post-morterm' adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua," katanya di sini, hari ini.
 
Jelas Ahmad Faris lagi, anaknya itu mula kritikal pada Isnin malam.

Terdahulu, katanya dia dan isteri membawa anaknya ke sebuah klinik swasta sebelum diminta menghantar ke hospital.

"Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.

"Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.

"Doktor bagi balik, saya pun tak tahu... memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah," katanya.

Katanya, keadaan anaknya semakin teruk sebelum menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 7.20 pagi Selasa.

Astro AWANI akan mendapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan berhubung ini.

Difahamkan terdapat dua kes kematian melibatkan strok haba di Kelantan setakat ini masing-masing membabitkan seorang kanak-kanak perempuan dan lelaki masing-masing berusia setahun dan 11 tahun yang meninggal dunia pada Selasa.

Difahamkan, hasil bedah siasat kanak-kanak lelaki itu mendapati buah pinggang dan jantungnya rosak dengan dihidrasi yang teruk.

Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di luar rumah pada hari raya pertama sewaktu cuaca panas.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kanakkanak-perempuan-umur-setahun-maut-akibat-strok-haba-di-kelantan-417185 

Bahaya sekarang ini, dunia sekarang panas sangat hebat daripada panas dahulu dengan lapisan ozon semakin menipis, pokok banyak ditebang, pembakaran terbuka dan sebagainya menyebabkan cuaca sekarang panas dia menyengat sekali.

Takziah kepada keluarga arwah dan selalu pesan kenapa yang mempunyai anak. Jangan selalu bermain panas ketika terik panas tengahari dan sebagainya. Kita tidak tahu ajal kita dimana dan mengapa. Oleh itu kita sentiasa berjaga-jaga sahaja. Terutamnya yang tidak kuat antibodi seperti kanak-kanak dan orang tua.

Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa menjaga kesihatan dan peka dengan keadaan sekeliling.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content