$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kerugian Mencecah Jutaan Ringgit, View Chin Kembali Ke Pejabat

SHARE:

Tangkap layar video pendek yang dimuat naik oleh View Chin di Insta Storynya, semalam (kiri). PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, View...


Tangkap layar video pendek yang dimuat naik oleh View Chin di Insta Storynya, semalam (kiri).
PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, View Chin dilihat kembali ke pejabat setelah terpalit dengan kemelut rumah tangga sejak kebelakangan ini.

Menerusi rakaman video pendek di Insta Storynya semalam, View Chin kelihatan berjalan naik sambil merakam tangga di premis tersebut.

“Rasa lama tak balik office,” tulisnya sambil menyertakan tanda pagar #tangga.

Terdahulu, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Hau Ah Moi bergolak selepas bekas isterinya itu mendedahkan kecurangan di media sosial baru-baru ini.

Perbualan mesej antara View Chin bersama Amirah Aqilah Firdaus atau lebih dikenali sebagai Mira mendapat perhatian pengguna media sosial apabila menyatakan mereka mahu berjumpa di tangga.

View Chin sebelum ini berkata secara ekslusif bersama Kosmo! bahawa dia terpaksa merehatkan perniagaannya buat sementara waktu bagi memberi laluan untuk menyelesaikan masalahnya itu.

Jelasnya, keadaan perniagaannya terancam dan mungkin akan mengalami kerugian mencecah sehingga jutaan ringgit.

“Kemungkinan untuk pembekal dan jenama produk untuk menarik diri dari memasarkan produk bersama saya adalah tinggi sekiranya krisis antara dengan bekas isteri berterusan,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Kalau dia hati kental dan tidak menghiraukan tomahan ataupun viral / tular daripada netizan di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok dan sebagainya memang View Chin akan bangun semula.

Jikalau tidak dia akan terus turun dan menurun disebabkan kes rumahtangga beliau yang sangat hangat di media sosial dan ada skandal dengan staff / pekerja sendiri.

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content