Panduan Lengkap Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri Yang Mungkin Terlepas Pandang

SHARE:

Rugi rasanya kalau di pagi raya tidak ambil peluang untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri. Ini caranya dan waktu sunat untuk melakukannya. ...


Rugi rasanya kalau di pagi raya tidak ambil peluang untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri. Ini caranya dan waktu sunat untuk melakukannya.

Umum tahu yang mana apabila Ramadan melabuhkan tirainya, kita bertemu dengan Syawal yang akan kita raikan dengan solat sunat pada pagi hari. Namun apa yang ramai terlepas pandang adalah amalan mandi sunat hari raya Aidilfitri yang dituntut untuk dilakukan pada pagi hari raya sebelum solat sunat hari raya.

Bagi wanita yang tidak boleh mengerjakan solat atau uzur, anda boleh mengambil peluang untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri sekaligus mendapat pahala melakukan amalan sunat ini. Ia kerana sangat rugi jika anda tidak melakukannya berikutan caranya yang amat mudah untuk dilakukan.

Ketahuilah bahawasanya banyak lagi amalan mandi sunat yang lain selain daripada mandi sunat hari raya. Bahkan, mandi yang kita lakukan setiap hari juga boleh jadi satu ibadah atau sunnah jika ia diniatkan untuk beribadah serta mengikut sunnah Nabi SAW untuk memelihara kebersihan.


Mandi sunat hari raya adalah juga antara amalan sunat hari raya yang biasa diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum keluar pergi menunaikan solat hari raya.

Ia adalah berdasarkan hadis riwayat daripada Ibnu Abbas:


كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يغتسل يوم الفطر ويوم الأضحى


Maksudnya: Adalah Rasulullah s.a.w mandi pada hari Aidilfiri dan hari Aidiladha

Sebelum mandi, anda hanya perlu berniat seperti berikut:

Lafaz Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri


Nawaitul ghusla li ‘idilfitri sunnatal lillahi taala

“Sahaja aku mandi Aidilfitri sunnah kerana Allah Taala”

Waktu Afdhal Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

Hal ini ramai yang keliru dengan waktu mandi sunat hari raya Aidilfitri. Waktu yang diharuskan untuk mandi sunat hari raya Aidilfitri adalah bermula tengah malam tetapi waktu yang disunatkan adalah selepas terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Manakala untuk waktu mandi sunat hari raya ke-2 adalah pada waktu pertengahan malam, bermula jam 12 malam.
 
Cara Mandi Sunat Hari Raya

Caranya mudah sahaja yang mana dengan membersihkan diri dan seluruh anggota badan kita. Adalah disunatkan juga untuk kita membuang atau mencukur semua bulu-bulu pada tubuh, memperkemas janggut dan misai, memotong kuku serta memakai wangi-wangian.

Mandi sunat hari raya tidak hanya boleh dilakukan pada pagi Aidilfitri, tetapi juga boleh dilaksanakan pada pagi hari raya Aidiladha.

Semoga amalan ini melimpahkan rahmat kepada kita semua.

Sumber : https://my.theasianparent.com/mandi-sunat-hari-raya-adilfitri

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content