Rumah Terbuka ~ Malaysia Madani ~ Perdana Menteri 2023

SHARE:

  Di Malaysia rumah terbuka sudah menjadi satu tradisi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Gawai dan Kris...

 

Di Malaysia rumah terbuka sudah menjadi satu tradisi setiap perayaan utama seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Gawai dan Krismas. Semasa perayaan, masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama dijemput berkunjung ke rumah-rumah terbuka untuk bersama-sama merayakan majlis tersebut.

Rumah terbuka ini ditakrifkan sebagai suatu perayaan agama yang bukan sahaja disambut oleh penganut agama itu sendiri bahkan kaum lain. Biasanya rumah terbuka diadakan di satu tempat yang lebih luas atau dewan untuk mewujudkan ruang keselesaan.

SENARAI LOKASI & MASA RUMAH TERBUKA MALAYSIA MADANI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI, ANWAR IBRAHIM 2023

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan siri rumah terbuka sempena Aidilfitri anjuran Perdana Menteri bersama Jemaah Menteri di enam negeri, hingga Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI akan diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu serta Selangor.

“Semoga Syawal ini memberi peluang untuk saling bermaafan, di samping mengeratkan lagi silaturahim sesama kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Lokasi & Masa Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 Bersama Perdana Menteri

Majlis berkenaan akan diadakan di 6 lokasi berikut:

  1. 29 April 2023 – Hotel Raia, Alor Setar, Kedah (bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang)
  2. 6 Mei 2023 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
  3. 7 Mei 2023 – Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan (jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang)
  4. 12 Mei 2023 – Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, Kelantan dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam)
  5. 13 Mei 2023 – Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu (jam 7.00 malam hingga 10.30 malam)
  6. 14 Mei 2023 – Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Selangor (jam 8.00 malam hingga 11.00 malam)

Sumber :- https://ecentral.my/rumah-terbuka-aidilfitri-perdana-menteri/


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content