$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Beg Plastik Diharamkan Sepenuhnya 2025

SHARE:

Klang: Kerajaan mensasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada tahun 2025. Mente...


Klang: Kerajaan mensasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada tahun 2025.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat ini, pelaksanaan dibuat secara berfasa dari premis tetap sebelum beralih secara berperingkat kepada premis perniagaan termasuk warung atau peniaga gerai tepi jalan.

"Cuma cara pelaksanaan dan (kadar caj yang dikenakan serta kekerapan serahan kutipan) kita sudah berikan ruang pada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mereka (kerajaan negeri dan PBT) ada konteks tersendiri.

"Pendekatan kita bukan hanya denda (jika peniaga masih membekalkan beg plastik pada 2025) sebaliknya, ada insentif dalam menggalakkan peralihan berkenaan.

"Perincian mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speed Mart di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd, Lee Thiam Wah.

KLANG 09 MEI 2023. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang media selepas Pelancaran Madani Reusable Bag & Kempen Tanpa Beg Plastik di Wisma 99 Speed Mart, Klang. FOTO FAIZ ANUAR

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, dan Negeri Sembilan adalah negeri yang ke hadapan dalam pelaksanaan kempen bebas beg plastik.

Katanya, kempen ini adalah satu daripada pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia.

"Sampah plastik adalah satu masalah besar di negara ini malah Malaysia berada di antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

"Berdasarkan laporan World Wildlife Fund (WWF), anggaran penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia mencecah 148,000 metrik tan, bagi tahun 2020.

"Ini bukan satu rekod yang harus dibanggakan," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/964847/beg-plastik-diharamkan-sepenuhnya-2025-metrotv

Terbaik cadangan Beg Plastik Diharamkan Sepenuhnya 2025 kerana bag plastik ini susah nak lupus dan perlu mengambil masa 400 tahun hingga 1000 tahun baru betul-betul akan automatik lupus sendiri. Kalau bag lain senang akan lupus kalau kita tidak mahu gunakan.

Oleh itu kalau hendak pergi shopping pastikan bawa bag sendiri jenis kain dan sebagainya untuk elak daripada pasaraya ataupun shopping mall berikan bag plastik kepada anda sementara nak tunggu tahun 2025 ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content