$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Twitter Mula Padam Akaun Tidak Aktif - Elon Musk

SHARE:

GLOBAL | Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin. "Kami...


GLOBAL | Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya Elon Musk pada Isnin.

"Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi anda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut," lapor Agensi Anadolu Agency (AA) memetik ciapan Musk.

Kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.


Dasar akaun tidak aktif Twitter mengatakan pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadam.

Keputusan Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lepas.

- Bernama-Anadolu

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/664430

Mungkin cara ini mereka dapat kurangkan database dan menjimatkan. Salah satu lagi saya rasa usaha mereka untuk semua orang berpindah kepada Twitter dan aktifkan semula akaun mereka dengan membuat post status di dalam profile.

Ini juga salah satu teknik marketing yang kita tidak perasan sebenarnya. Dimata kita mungkin dianggap apa benda yang Elon Musk buat ini merapu. Nak rosakkan Twitter dibawahnya sendiri tapi disebalik pemikirannya pula ialah lain.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content