Daihatsu Didakwa Palsukan Ujian Keselamatan Perodua Axia

SHARE:

Gambar hiasan - Foto https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html Daihatsu Didakwa Palsukan Ujian Keselamatan Perodua Axia adalah tajuk c...

Gambar hiasan - Foto https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html

Daihatsu Didakwa Palsukan Ujian Keselamatan Perodua Axia adalah tajuk cerita ini menceritakan  tentang bab keselamatan Perodua Axia. Dikatakan kemasan pintu diubah suai untuk elak air bag pecah. Anda boleh rujuk berita daripada Sinar Harian dibawah ini.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Daihatsu Motor Company, anak syarikat Toyota Motor didakwa mengakui menipu dan memalsukan keputusan ujian keselamatan kemalangan melibatkan bahagian panel sisi pintu bagi 88,000 unit kereta yang dijual di bawah jenama Toyota.

Syarikat itu mengesahkan kemasan pintu diubah suai dengan sebuah 'takik' (notch) untuk meminimumkan risiko panel pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.

Model yang terjejas termasuk Toyota Yaris Ativ buatan Thailand dari Ogos lalu dan Perodua Axia yang dikeluarkan di Malaysia bermula dari Februari.

Daripada 88,000 kenderaan itu, kira-kira 76,000 adalah model Yaris terutamanya untuk negara Thailand, Mexico dan Majlis Kerjasama Teluk (Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman) serta kira-kira 11,800 kereta Perodua Axia 2023 yang dijual di Malaysia.

Memetik laporan Reuters, Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, kejadian itu tidak boleh diterima kerana melanggar kepercayaan pelanggan.

"Kami sedang menyiasat bagaimana panel sisi Yaris dan model lain telah ditukar untuk ujian keselamatan dan memohon maaf atas apa yang berlaku kerana dilihat sebagai pencabulan ke atas kepercayaan pengguna," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan ujian kemalangan.

Tambah beliau, siasatan secara terperinci akan dilakukan, namun memerlukan sedikit masa.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/256270/berita/semasa/daihatsu-didakwa-palsukan-ujian-keselamatan-perodua-axia

Baru rancang juga nak beli Perodua Axia yang terbaru ini tapi macam mana berita ini boleh muncul pula buatkan saya kena kaji lagi untuk keselamatan kerana difahamkan Axia baru ini mempunyai semua Air Bag / Bag Udara di setiap pintu dan tidak sama seperti dahulu.

Tunggu berapa tahun dulu baru kita booking untuk dapatkan semula, saya pun tidak faham sangat apa yang berlaku tapi apabila dah terbaca saya share sahaja untuk semua. Semoga semuanya dipermudah segala urusan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content