e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Syarat & Cara Penebusan Kredit

SHARE:

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia...

Kerajaan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta yang akan memberi manfaat kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.

Terkini, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa nerusia 18 hingga 20 tahun.

Inisiatif ini merupakan inisiatif tahunan Kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula).

Program ePemula merupakan ialah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 oleh Kementerian Kewangan Malaysia.


Program ini bertujuan meringankan beban kewangan golongan belia selain membantu pemulihan perniagaan para pekedai fizikal serta menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Program pada 2022 tersebut telah memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia, di mana Kerajaan akan menawarkan kredit ePemula bernilai RM150 yang boleh digunakan bagi pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.


Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (rewards points) dan ‘coins’.

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ePemula 2022 ini adalah: BigPay; GrabPay; ShopeePay; dan Touch ‘n Go eWallet

Tarikh Permohonan

Tarikh pemberian inisiatif RM200 bagi tahun ini adalah mulai Jun 2023.

Jika dibandingkan dengan tahun lalu, permohonan kredit ePemula telah dibuka pada 11 April hingga 1 Jun 2022.


Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 10 Jun 2022.

Selepas tarikh akhir ini, baki kredit ePemula yang tidak digunakan akan luput secara automatik dari e-dompet pemohon.


Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing- masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.

Syarat & Cara Memohon e-Tunai Belia Rahmah 2023

Untuk makluman, bantuan e-tunai Belia Rahmah telah diperluaskan kepada SEMUA MAHASISWA yang berkelayakan, dan tidak terhad kepada mahasiswa nerusia 18 hingga 20 tahun.

Syarat-syarat kelayakan serta cara permohonan secara terperinci akan dikemaskini dalam masa terdekat melalui Portal Belanjawan 2023.


Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini, sila rujuk laman web rasmi Portal Belanjawan 2023 Malaysia Madani : https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat-kewangan.html


Sumber: ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content