Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 ~ Menteri Pendidikan Malaysia (Fadhlina Sidek)

SHARE:

Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 – Fadhlina Sidek Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 20...

Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026 – Fadhlina Sidek


Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga merancang untuk memulakan kalendar akademik sesi 2024 / 2025 lebih awal iaitu kepada Februari 2025.


Jelas Menteri Pendidikan, KPM telah membuat ketetapan untuk membuat perubahan kepada kalendar akademik sesi 2021 / 2022 akibat penularan COVID-19.

“Berdasarkan perubahan tersebut, maka sesi persekolahan bagi kalendar akademik sesi 2023 / 2024 diteruskan bermula pada Mac 2023.


“KPM akan melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum khususnya tempoh pembelajaran sebanyak 32 hingga 36 minggu yang diperlukan bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan setahun.

“KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam agar ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan.


“Untuk itu, Yang Berhormat, sukacita saya maklumkan KPM telah memulakan usaha dengan merancang untuk mengawalkan kalendar akademik persekolahan sesi 2024 / 2025 bermula pada bulan Februari 2025.

“Kalendar persekolahan dirancang dapat bermula pada bulan Januari ialah pada 2026,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.


VIDEO : Takwim Sekolah KPM Kembali Bermula Bulan Januari Pada 2026

Sumber video: MG News

Fadhlina (PH-Nibong Tebal) menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) meminta menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementerian bagi memastikan takwim persekolahan dipatuhi oleh semua pihak dan tahun berapa persekolahan dapat bermula awal Januari.


Sumber: BERNAMA

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content