Kereta Proton Wira Warna Emerald Doktor Alza Dicuri

SHARE:

Daripada Sumber Facebook bernama Alzamani Mohammad Idrose iaitu merupokan seorang doktor sangat menyanyi kereta Proton Wira beliau yang tela...


Daripada Sumber Facebook bernama Alzamani Mohammad Idrose iaitu merupokan seorang doktor sangat menyanyi kereta Proton Wira beliau yang telah dicuri oleh pencuri yang tidak berhati perut kerana kereta tersebut banyak kenangan kepada beliau.
Kereta Saya Dicuri : ‘Selamat Tinggal Esmeralda’ !
 
Kereta Proton Wira Aeroback KAW2424 ini adalah kereta pertama saya sejak menjadi doktor pelatih 24 tahun lalu.

Saya teramat sayang kereta ini kerana ia menyaksikan jatuh bangun dalam kerjaya saya.
 
Dalam kereta inilah segala suka dan duka saya dialami dari mula bekerja, berkeluarga, menghantar anak dan isteri ke sana sini, berkelana ke universiti dan macam-macam memori ada bersamanya.

Saya tidak pernah menukar kereta baru hinggalah selepas 12 tahun menggunakannya, dan itupun setelah puas dipujuk oleh isteri saya.
 
Saya memanggilnya ‘Esmeralda’ kerana warnanya hijau ‘emerald’. Mungkin saya ini agak sentimental atau ada nilai kesetiaan yang tinggi hatta untuk sebuah kereta lama.
 
Setelah membeli kereta baru, kereta ini tidak dijual tetapi saya simpan di rumah kakak saya di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah dan ia dalam keadaan baik malah boleh dipandu semasa pulang Hari Raya baru-baru ini.
 
Itulah kali terakhir saya memandunya. Namun pada malam ini, kakak saya menelefon yang kereta ini dicuri. Laporan ke balai polis dibuat.

Saya percaya tentu kereta ini disembunyikan di mana-mana. Kakak saya teramat sedih ketika memberitahu saya berita ini tetapi saya menenangkannya.

“Takpa Kak, semua ni bukan salah Kak. Orang nak curi akan tetap curi. Takpa adik pasrah. Kalau ada rezeki dapat balik. Kalau tak dapat, sudah takdir.”

Mana tahu, kalaulah anda ternampak kereta ini, sampaikan maklumat kepada polis ya. Polis sudah tahu ia dicuri kerana maklumat geran dan sebagainya ada dalam repot.
 
Juga tidak banyak kereta model ini dengan warna jed atau ‘emerald’ ini.

Bagaimanapun, saya tidak pasti jika yang mencuri menukar nombor atau mengecatnya dengn warna yang lain. Tetapi, kalau dicatpun, warna dalamnya termasuk kusyen adalah hijau. Kalaupun nombor kereta ditukar, cukai jalan pada cermin akan menunjukkan nombor asal (melainkan itu juga diubah oleh pencuri). 
Bagi pencuri, yang dicuri hanyalah dari segi wang. Tetapi bagi pemilik seperti saya, yang dicuri adalah memori dan nilai sentimental padanya.
 
Apapun, saya memberitahu anak saya bahawa segala-galanga di dunia ini tidak kita miliki. Kita hanya meminjamnya sahaja.
 
Cukup masa, semuanya akan dikembalikan, termasuklah diri kita sendiri dan orang-orang di sekeliling kita.
 
Dr Alza




Setiap orang bermula daripada kesusahan sebelum untuk berjaya dan barang yang kita pernah beli dahulu dan amat berguna untuk kita membuatkan kita sayang akan barangan tersebut. Contohnya kereta pertama, banyak berbakti kepada kita di kala sebelum kahwin dan selepas kahwin sehingga ada bajet lebih untuk beli kereta baru.

Semoga dipermudahkan urusan doktor untuk dapatkan kereta semula selepas membuat laporan polis.

Sumber : Facebook Alzamani Mohammad Idrose

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content