Pelajar Ditipu RM11,500 Beli Nintendo Switch Di TikTok

SHARE:

Zaman sekarang ini adalah zaman atas talian dan banyak penipu wujud tidak kiralah apa bangsa sekalipun seperti melayu, cina, india dan lain-...


Zaman sekarang ini adalah zaman atas talian dan banyak penipu wujud tidak kiralah apa bangsa sekalipun seperti melayu, cina, india dan lain-lain lagi. Mereka akan menggunakan apa sahaja teknik scammer untuk membuat anda percaya dan akhirnya anda terjerat dengan pancingan daripada scammer.
KUALA LUMPUR – Seorang pelajar jurusan kejururawatan bertemu jalan buntu apabila urusan membeli sebuah alat permain video yang ditawarkan dengan harga RM300 di TikTok akhirnya membawa kerugian sehingga RM11,500.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pelajar wanita itu membuat laporan berhubung ditipu ketika membeli konsol Nintendo Switch di aplikasi terbabit, kelmarin.

“Wanita berusia 20 tahun itu menyatakan telah melihat iklan penjualan konsol Nintendo Switch yang dijual dengan harga RM300 sebelum berurusan dengan seorang jurujual yang meminta lagi bayaran sebanyak RM250.

“Seterusnya, mangsa diminta untuk membuat pelbagai bayaran lain seperti bayaran Kastam, clearance fees, bayaran insurans, dan caj penghantaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Sukarno, hasil siasatan mendapati pengadu telah membuat bayaran secara berperingkat sejak Isnin minggu lepas hingga Sabtu lalu.

Tambah beliau, dalam tempoh tersebut mangsa membuat sebanyak 13 kali transaksi ke dalam dua jenis akaun bank yang berbeza berjumlah RM 11,500.

“Kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan segala taktik penipuan jenayah scammer yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya.

“Sebarang pertanyaan berkaitan, orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2023/05/15/pelajar-ditipu-rm11500-beli-nintendo-switch-di-tiktok/ 

Jangan mudah dan cepat percaya kepada orang yang anda tidak kenali supaya anda tidak akan mengalami kerugian kelak. Sekarang ini banyak orang mudah tertipu kerana perasaan nak dan cepat percaya dan asalkan boleh dapat barang itu. Rupa-rupanya mereka tidak dapat apa yang mereka beli.

Satu lagi nak pesan jangan ingat media sosial dan chat sosial seperti Tiktok, Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram dan lain-lain lagi selamat kerana disitulah tempat mereka untuk target mangsa kerana mudah untuk iklan dan mudah untuk buat ayat manis.

Kalau macam tempat jualan online seperti Shopee, Lazada, Mudah, Carousell juga antara lubuk mereka. Senang cerita semua tempat ada scammer dan mereka akan fikirkan macam mana nak perdayakan anda. Sekarang ini anda perlu jadi bijak, cerdik dan pandai.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content