Kes Mendatangkan Kecederaan Parah di Tepi Jalan Budiman, Cheras, Kuala Lumpur.

SHARE:

Daripada Facebook Rasmi  Balai Polis Cheras mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kes berselisihan faham dan mengeluarkan muka denga...


Daripada Facebook Rasmi  Balai Polis Cheras mengeluarkan kenyataan media berkaitan dengan kes berselisihan faham dan mengeluarkan muka dengan siapa mangsa bergaduh.
IBU PEJABAT POLIS DAERAH CHERAS, KUALA LUMPUR
Tel: 03-92050222/Faks: 03-9257757

KENYATAAN MEDIA: -
KETUA POLIS DAERAH CHERAS

KES MENDATANGKAN KECEDERAAN PARAH DI TEPI JALAN
BUDIMAN, CHERAS, KUALA LUMPUR

Pada 05 Mei 2023 jam lebih kurang 10.00 pagi, pihak polis telah terkesan satu hantaran
di aplikasi ‘Facebook’ memaparkan kejadian pukul sehingga menyebabkan cedera parah
di tepi Jalan Budiman, Cheras, Kuala Lumpur. Hasil semakan mendapati, pada 20 April
2023, jam lebih kurang 10.13 malam, Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku
Muhriz (HCTM) Cheras, Kuala Lumpur telah menerima mangsa (1) lelaki warganegara
berusia 32 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mengalami pendarahan di
bahagian otak, tengkorak kepala retak di bahagian belakang dan tulang leher patah.
Mangsa kini masih menerima rawatan di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 325

Kanun Keseksaan.

Siasatan awal bersama saksi di tempat kejadian mendapati mangsa telah berselisih faham
dan bertengkar mulut dengan suspek (1) lelaki warganegara. Suspek kemudian telah
memukul muka mangsa beberapa kali menyebabkan mangsa jatuh terlentang dan tidak
sedarkan diri. Usaha diteruskan untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini.

Gambar dan butiran suspek disertakan.

Pihak Polis Cheras menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi
berhubung kejadian ini. Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek
serta kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284
5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai

Polis yang berdekatan.

t.t
(ZAM HALIM BIN JAMALUDDIN) ACP
KETUA POLIS DAERAH CHERAS
(Dikeluarkan pada 05 Mei 2023)





Gambar di atas di ambil daripada sumber Facebook Muhamad Jefri dan juga Balai Polis Cheras berkenaan si pelaku yang pihak polis sedang cari sekarang.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content