Pekerja Pasang Aircond Curi Duit Tuan Rumah

SHARE:

Terjadi satu kes iaitu penulis Facebook bernama Faiz Arwin mengatakan semasa mengambil duit untuk bayar duit pasang aircond tetiba orang yan...


Terjadi satu kes iaitu penulis Facebook bernama Faiz Arwin mengatakan semasa mengambil duit untuk bayar duit pasang aircond tetiba orang yang pasang aircond mengeledah bilik beliau dan mencuri duit duit yang ada di dalam bilik.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin menulis sedikit perkongsian berkenaan ujian kecil yang menimpa diri saya hari ini.
 
Pada tengahari, jam 12 tengahari saya telah set satu temujanji dengan technician untuk pasang aircond di rumah saya. Waktu pemasangan berlaku, saya banyak habiskan masa di ruang tamu (tingkat bawah). Saya percaya pada mereka (3 orang) 100% untuk siapkan kerja pemasangan aircond tanpa pengawasan dari saya .

Dipendekkan cerita, setelah selesai pemasangan, jumlah yang perlu saya bayar untuk kos pemasangan sahaja telah berubah. Dari RM430 menjadi RM580. Saya tidak banyak tanya. Saya hanya cakap,
“Oh. Kenapa lain pula? Cakap fix RM430.”

Balasnya dengan 2 alasan. Wiring panjang. Buat point baru. OK tidak mengapa. Saya malas nak panjangkan cerita.
 
Jadi, dalam wallet saya hanya ada tunai RM550. So lagi RM30 tidak cukup. Saya minta masa sebentar. Untuk ambil tunai dalam bilik saya yang berada di tingkat atas.
TERKEJUT…

Mereka geledah bilik saya. Dan telah mengambil tunai RM750 dalam laci bilik saya. Mereka juga geledah wardrobe saya. Tidak cukup, mereka geledah wardrobe utama yang berada di ruang legar. Dan geledah satu bilik lagi. Kerja bersih. Cuma saya boleh tahu kerja mereka.
 
Sudah lah harga berubah. Tambah lagi mencuri! Saya dengan tenang minta mereka pulangkan walaupun awalnya tidak mengaku.

“Saya withdraw RM1300 tadi. Dan saya tahu baki berapa. Resit pun ada lagi.” - Saya.
Tanpa berlengah;

“Kita gantilah. Walaupun kami tak ambil. Ini duit masjid dengan saya. Tak apa saya ganti untuk abang ya.”

Pendek cerita, mereka ganti. Dan berlalu pergi. Kurang lebih 3 jam mereka berada di rumah saya.
Rezeki masih ada. Tak berbaloi kalau nak curi RM750. Carilah rezeki yang halal dan berkat. Penat manusia berbeza. Dan rezeki yang kita nikmati InsyAllah akan setimpal dengan usaha kita.
Harga yang diberikan juga fixed tetapi apabila selesai pasang harganya jadi lain pula disebabkan kemungkinan ada unsur penipuan atau kegorengan kepada customer.


Akhir sekali di dalam Facebook Faiz Arwin mengatakan Saya rasa perlu panjangkan kes ini ke pihak polis supaya orang lain tidak terkena dan hasil daripada WhatsApp beliau dengan owner yang deal untuk pasang aircond mengatakan staff dia yang buat kerja semua ini.


Staff dia baru seminggu masuk kerja dan owner pekerja pasang aircond tersebut tidak tahu tentang kes tersebut iaitu berlaku kecuaian dan akan ambil tindakan pada pekerja tersebut serta mereta kerana mencuri duit di rumah Faiz Arwin.


Perkara ini tidak patut terjadi dan saya amat sokong jikalau Faiz Arwin memanjangkan kes ini kepada pihak polis untuk ambil tindakan sewajarnya kepada orang yang mencuri takut kes sama yang berulang dia buat kepada rumah yang lain iaitu ambil kesempatan dengan mengambil duit tanpa kebenaran tuan rumah di dalam rumah tuan rumah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content