Perodua Axia Baharu Tidak Terjejas Dengan "Ketidakaturan Prosedur" Ujian Daihatsu

SHARE:

Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat. - Foto Perodua Hari ini Perodua mengeluarkan kenyataan bah...

Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat. - Foto Perodua

Hari ini Perodua mengeluarkan kenyataan bahawa Axia baru selamat mestipun  ketidakaturan prosedur oleh Daihatsu didedah oleh berita kepada semua. Jadi kita follow sahaja mana yang terbaik untuk elak daripada perkara yang tidak diingini.
KUALA LUMPUR: Perodua Axia baharu selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat dan Perodua juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan meskipun 'ketidakaturan prosedur' ujian yang didedahkan oleh Daihatsu Co Ltd baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu telah melantik Daihatsu Co.Ltd untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia baharu di Jepun dan telah disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.

"Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai 'ketidakaturan prosedur' oleh Daihatsu, kami telah menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenal pasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya, dan kami telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.
 
"Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada para pelanggan kami berhubung perkara ini dan kami memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainal Abidin berkata syarikat itu akan terus memantau situasi tersebut dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai.

"Perodua sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan kami dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan kami dalam menjangkaui setiap jangkaan," katanya.
-- BERNAMA

Semoga semuanya selamat dan tiada apa-apa masalah yang teruk akan berlaku dan apa-apa pun semua  ujian telah dilakukan dengan selamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua telah keluarkan kenyataan bahawa tiad  apa yang akan berlaku.

Kalau sudah beli itu, teruskan memakai dan yang mana tidak beli lagi dan berminat nak guna serta pakai pun boleh teruskan kerana telah dikeluarkan kenyataan bahawa Perodua Axia ini selamat.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content