$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Persiaran Mokhtar Dahari Sesak Teruk Setiap Hari

SHARE:

Sesiapa yang selalu lalu jalan Persiaran Mokhtar Dahari di Puncak Perdana ke Alam Budiman memang alami tekanan yang amat mendalam kerana jal...

Sesiapa yang selalu lalu jalan Persiaran Mokhtar Dahari di Puncak Perdana ke Alam Budiman memang alami tekanan yang amat mendalam kerana jalan disitu sangat sesak teruk kerana daripada 2 lorong berubah jadi 1 lorong.

Tambah pula laluan itu disambung pada Lebuhraya Dash dan orang Puncak Perdana yang hendak keluar ke Alam Budiman. Jadi banyak lorong pula dan akhirnya kena berubah jadi 1 lorong. Memang naik kereta mereput disitu.

Sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) atau sesiapa yang terlibat patut ambil berat pada jalan tersebut kerana hampir setiap hari, setiap masa dan setiap saat memang berlaku kesesakan yang terlampau. Waktu kemuncak memang anda akan nampak perubahan yang ketara sehingga panjang beratur untuk masuk 1 lorong menaiki bukit ke Alam Budiman.

Risiko kemalangan sangat tinggi juga dikawasan selepas itu kerana ada projek juga baru dibuat dengan lori keluar masuk tanpa henti dan kadang-kadang orang bawa laju sebab terlambat dan sebagainya.

Pendapatan sayalah sepatutnya tidak perlu buat Tidal Flow atau Contra Flow setiap hari pukul 4 petang sampai 8 malam. Kalau boleh kaji jalan dan buat terus dengan tambahan lorong yang berpatutan dan tidaklah semua nak hadap 2-3 lorong jadi 1 lorong.

Kemungkinan tak ada bajet ataupun sebaliknya, sebab lama juga kes ini berlaku. Rasanya sudah 1 tahun kena hadap benda ni bagi penduduk yang lama lalu laluan tersebut untuk pergi ke tempat kerja, sekolah dan sebagainya.

Sama-sama kita nantikan apa perubahan yang akan dibuat oleh orang yang bertanggungjawab atau mereka lihat sahaja tunggu projek masuk dan sebagainya. Ini adalah keluhan juga wakil daripada saya kepada pihak atasan yang membaca.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content