Pra Diploma UiTM 2023: Permohonan & Semakan Keputusan

SHARE:

PERMOHONAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UITM SESI KEMASUKAN OKTOBER 2023 Jalan alternatif untuk menyambung pengajian ke PROGRAM DIPLOMA UiTM IDAMA...

PERMOHONAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UITM SESI KEMASUKAN OKTOBER 2023

Jalan alternatif untuk menyambung pengajian ke PROGRAM DIPLOMA UiTM IDAMAN hati tanpa perlu pening dan risau Mata Merit UPU yang RENDAH.

Syarat kemasukan? LULUS SPM 3 kredit sahaja.

Untuk anak-anak dari keluarga B40, anda juga tidak perlu risau kerana yuran pengajian PERCUMA, ELAUN saradiri bulanan dan asrama penginapan PERCUMA tersedia buat anda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Program Pra Pendidikan Tinggi ( PPT) atau Pra Diploma UiTM adalah peluang terbaik sekiranya anda masih belum mendapat tempat di Universiti Awam melalui UPU.

Apakah Pra Diploma UiTM?

Program Pra Pendidikan Tinggi UiTM ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Tujuan utama program PPT adalah untuk mengambil pelajar – pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang kurang menepati syarat-syarat keperluan UPU.

Program PPT adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Kelebihan Pra Diploma UiTM

  • Penempatan mengikut alamat pemohon / kampus terdekat.
  • Elaun bantuan bagi kategori pemohon B40
  • Kelayakan minimum mengikut kos yang ditawarkan
  • Laluan akademik sehingga ke peringkat tertinggi di UiTM
  • Laluan khas utk kategori Atlet, B40, OKU & Orang Asli



Senarai Program Pra Diploma UiTM Yang Ditawarkan

Ambilan pelajar dibuat dua kali setahun dan kesemua maklumat terkini berkaitan ambilan akan dipaparkan di laman web PPT dari masa kesemasa.


Berikut adalah senarai program yang ditawarkan:

  1. Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
  2. Pra Diploma Sains (PD007 & PD008)
  3. Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
  4. Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
  5. Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

https://pppt.uitm.edu.my/pradiploma/images/kitpromosi/mobile/index.html

☝☝☝


Senarai Kampus PPT

Berikut adalah senarai kampus PPT UiTM berdasarkan kursus Pra Diploma yang ditawarkan:

Tarikh Permohonan & Semakan Keputusan

  • HEBAHAN PEMBUKAAN KEMASUKAN KE PROGRAM PRA DIPLOMA UiTM SESI 1_2023/2024 (KEMASUKAN OKTOBER 2023)

  • Permohonan ke program Pra Diploma UiTM dibuka secara dalam talian melalui pautan online.uitm.edu.my/pra bermula 01 Jun 2023 (Khamis)

  • Permohonan adalah dengan menggunakan no pin UiTM yang boleh diperolehi secara PERCUMA.

  • Kit Promosi Program Pra Diploma Oktober 2023 : FB UiTM


Cara Permohonan Kemasukan Ke Pra Diploma UITM

3 LANGKAH MUDAH PERMOHONAN 

  1. Emel kan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN & NO TELEFON untuk  No Pin PERCUMA
  2. Sila layari laman sesawang online.uitm.edu.my/pra untuk membuat permohonan. Simpan & cetak maklumat permohonan.
  3. Emelkan maklumat permohonan dan dokumen-dokumen diperlukan yang telah disahkan. Sila rujuk bit.ly/dokumenpradip

EMEL: pra.shahalam@uitm.edu.my

NO TEL : 03-5521 1416 | 1444 | 1448 | 1449

Sila layari https://pppt.uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.


Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-Dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan Pra Diploma

  • Salinan Kad Pengenalan (Calon, Ibu & Bapa)
  • Salinan Sijil Lahir (Calon, Ibu & Bapa)
  • Salinan Sijil / Slip keputusan SPM
  • Salinan Slip Pendapatan, Penyata Pencen atau Borang Pengesahan Pendapatan (ibu / bapa yang tidak mempunyai Slip Gaji Tetap atau tidak bekerja)
  • Salinan Sijil pengiktirafan sukan (Untuk permohonan kategori Atlet sahaja)

* Semua salinan dokumen-dokumen sebagai lampiran yang dimajukan melalui emel perlu ‘disahkan benar dari salinan asal’ / ‘certified true copy’. Pengesahan hendaklah dibuat oleh Pegawai Profesional / Ketegori A / Ketua Kampung / Penghulu / Penggawa / Pengerusi MPKK dan yang setaraf dengannya’.

* Sila rujuk poster untuk dokumen tambahan yang diperlukan atau muat turun lampiran berikut:

☝☝☝ Manual Pengguna (Pemohon) Sistem Permohonan Pra Diploma UiTM.

☝☝☝Senarai emel kampus Pra Diploma bagi penghantaran dokumen-dokumen lampiran.

☝☝☝Kit Promosi Pra Diploma 2023.

Tarikh / Cara Semakan Keputusan Pra Diploma UiTM

Hebahan Keputusan Program Pra Diploma boleh disemak mulai 9 Ogos 2023.

Pendaftaran Pelajar secara online melalui portal i-Student adalah bermula 9 Ogos hingga 24 September 2023.

Sila layari online.uitm.edu.my bermula pada tarikh yang dimaklumkan.

Klik setuju terima & Pendaftaran pelajar secara online mengikut tarikh yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PPT di talian 03 -5521 1306 / 1444 / 1449 / 1448 / 1416 atau emel kepada pptshahalam@uitm.edu.my

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://online.uitm.edu.my

Pengarah
Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03 5521 1306/1416/1444/1448/1449
FB Rasmi : ppptuitm
Tik Tok : @ppptuitm
Laman Web Rasmi : pppt.uitm.edu.my
Emel: pptshahalam@uitm.edu.my

Sumber :- ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content