Semakan Panggilan Temuduga UPU dan / atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024

SHARE:

Semakan Temuduga UPU Online Sesi 2023 / 2024 Semakan Panggilan Temuduga UPU dan /atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / ...

Semakan Temuduga UPU Online Sesi 2023 / 2024

  • Semakan Panggilan Temuduga UPU dan /atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2023 / 2024
  • Perhatian kepada calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan, anda boleh melayari URL seperti di bawah untuk membuat semakan bermula 8 Mei 2023 (Isnin).
  • Berikut dikongsikan pautan dan cara semakan online bagi setiap institusi pengajian.

Tarikh semakan: Bermula 8 Mei 2023

UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

UTHM: https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/

UiTM : https://online.uitm.edu.my

UniSZA : https://unisza.edu.my/tawaran/

ILJTM : https://apps.jtm.gov.my/semakantemuduga/

JPPKK: http://ambilan.mypolycc.edu.my/semakanpoliteknik/temuduga/index_baru.asp

UPNM : https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga/


Sila hubungi Universiti Awam yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Tips Temu Duga Bagi Program Pengajian Pendidikan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Temuduga Program Pendidikan terutamanya tips dan panduan menghadapi temuduga tersebut:

Maklumat Penting Temuduga Sebelum menghadiri temuduga, calon perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut:

  • Sesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum akademik bagi sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan.
  • Satu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan.
  • Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh panel untuk menilai calon sewaktu temuduga.


Antaranya adalah:

Mock-Teaching

Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar)

Debat

Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)

Isu Semasa

Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara)

Pengetahuan Bidang

Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal. (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

Rujukan : https://www.ipendidikan.my/tips-temuduga-program-pendidikan.html

Sumber : ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content