Riadah Di Bukit Jelutong Eco Community Park

SHARE:

Pada hari Ahad dihujung minggu saya bersama dengan keluarga pergi ke Bukit Jelutong Eco Community Park yang terletak di Bukit Jelutong. Jika...


Pada hari Ahad dihujung minggu saya bersama dengan keluarga pergi ke Bukit Jelutong Eco Community Park yang terletak di Bukit Jelutong. Jikalau anda lalu Jalan Lelangit U8/45 semestinya anda tidak akan perasan tempat tersebut kerana berada dibawah laluan air seperti sungai / parit / longkang. Saya tidak pasti laluan tersebut laluan apa tapi nampak macam parit besar sahaja.

Bukit Jelutong Eco Community Park

Jalan Lelangit U8/45, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Buka Setiap Hari (7 Pagi - 7 Malam)

Di dalam gambaran di atas adalah tempat lokasi Bukit Jelutong Eco Community Park dan juga Tempat Parking Kereta serta laluan yang perlu jalan untuk turun ke bawah melalui laluan sungai / parit / longkang. Tidaklah jauh sangat tempat parking kereta dan lokasi Bukit Jelutong Eco Community Park tersebut tapi kena berjalan sedikit dan nampak jalan untuk menurun bukit tapi jalan sudah disimen rata.


Di dalam Bukit Jelutong Eco Community Park terdapat pelbagai jenis binatang sebagai contoh anda boleh melihat ayam, itik yang bebas berenang di dalam tasik, angsa, burung merak, arnab, rumah lebah kelulut dan kambing daripada pelbagai umur serta ada juga binatang-binatang yang lain.


Jikalau anda hendak membeli Pallet Makanan Haiwan hanya RM5 sahaja 1 bekas dan sangat murah kerana nak masuk ke dalam kawasan itu adalah PERCUMA sahaja tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Kalau nak riadah bersama keluarga diwaktu pagi atau petang sangat sesuai pergi bersama keluarga sambil bagi anak-anak kita lihat haiwan serta keindahan alam sekitar.

Ramai juga yang terlajak masa hendak masuk ke tempat lokasi sebab memang tidak perasan kalau diperhatikan betul-betul sebab saya sendiri pun terlajak dan selepas dapat parking nak masuk ke tempat lokasi saya perhati ramai orang juga masih terlajak dan blur dimanakah lokasi yang tepat.

Diatas ini adalah gambar anda kena lalu dulu untuk turun ke bawah baru sampai ke Bukit Jelutong Eco Community Park dan bukannya taman ini di tepi jalan atau sebagainya seperti yang disangkakan macam saya sendiri. HAHA!

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content