Shuib, Watie Bertunang Hari Ini, Nikah 23 Jun 2023

SHARE:

Kuala Lumpur : Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hati...


Kuala Lumpur : Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, usahawan Watie Hanifiah, 35, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi Shuib dalam hantaran video di Istagram Story, hari ini.

"Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

"Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.

"Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami.

"Doakan tau.. Selamat Hari Raya," katanya.

Majlis pertunangan mereka berlangsung pada waktu tengah hari di kediaman keluarga Watie dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

Pada majlis ringkas itu, Shuib menghantar tiga dulang hantaran berupa manisan, kasut dan sirih junjung kepada pihak perempuan.

Manakala pihak keluarga Watie pula membalas dengan lima dulang hantaran termasuk manisan, sampin, buah-buahan, sirih junjung dan kasut.

Pasangan ini dijangka melangsungkan majlis pernikahan pada 23 Jun nanti.

Terdahulu, desas-desus hubungan Shuib dan Watie akhirnya terjawab selepas pelawak itu memaklumkan kepada pihak media, mereka akan mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.



Selamat bertunang Shuib Sepahtu dengan Watie Hanifiah pada hari ini dan selamat bernikah pada 23 Jun 2023 kepada bakal pasangan baru ini. Semoga segalanya dipermudah segala urusan dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. selamat menempuhi alam perkahwinan yang tidak lama lagi. Doa yang baik-baik saja.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content