Sofyank Jumpa Beg Hilang, Satu Malaysia Lega

SHARE:

Tangkap layar daripada Twitter Sofyank, yang berkongsi berita gembira berkenaan penemuan beg miliknya. PETALING JAYA – Pereka kandungan terk...

Tangkap layar daripada Twitter Sofyank, yang berkongsi berita gembira berkenaan penemuan beg miliknya.

PETALING JAYA – Pereka kandungan terkenal, Sofyank meluahkan rasa syukur baru-baru ini apabila begnya yang hilang berjaya ditemui semula dengan kuasa media sosial.

“Akhirnya, saya berjaya menghubunginya, saya amat berterima kasih kasih kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Clark, Filipina, atas kerjasama yang diberikan.

“Mereka hubungi saya dan berjaya mengesan keberadaan beg saya,” luah Sofyank di Twitter miliknya.

Terdahulu seorang penumpang telah terambil beg milik Sofyank yang mempunyai barang berharga seperti dompet, komputer riba, dan ‘hard disk’ ketika dalam perjalanan dari Malaysia ke Singapura.

“Dalam tu ada projek video saya yang belum ‘release’ dan tersangat penting,” katanya.

Dia juga dapat menjejak keberadaan begnya itu dengan bantuan alat ‘air tag’ yang ada di dalam dompet miliknya.

Sofyank juga turut meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi ulang ciapnya, sehingga individu yang terambil begnya itu boleh menghubunginya semula.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut gembira dengan berita baik yang diumumkan oleh Sofyank.

“Gila lah, tak sangka langsung akan dapat balik. Benda ni dah ‘span out’ tiga negara kot,” komen Daud Aiman.

“Alhamdulillah, tumpang gembira sekali ya. Betul lah, rakyat Malaysia ni bagus, laju buat kerja,” komen Faiq Razak.

Perkongsian tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter dengan 557,000 tontonan, 4,361 ulang ciap dan 10,100 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

P/s : Nasib baik bag Sofyank dijumpai kalau tidak mesti projek video tidak akan berjalan dengan lancar dan Sofyank akan berada di dalam keserabutan kerana bagnya hilang. Memang hebat kuasa media ini dapat selesaikan kes ini sekejap sahaja tidak sampai seminggu.

Biasalah kadang-kadang naik kapal terbang ini kita dalam keadaan kalut dan urgent dan tidak perasan terambil bag orang lain. Mungkin kita mengantuk atau lalai ketika itu. Apa-apa pun terbaik rakyat Malaysia dengan kuasa viral yang hebat dan tidak lupa juga orang luar negara yang turut share dan bantu.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content