Polis Evo 3 Kaut Untung RM3.4 juta

SHARE:

Filem Polis Evo 3 mula ditayang secara rasmi di pawagam tempatan, semalam. Foto Ihsan Astro Shaw KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi arahan Syaf...

Filem Polis Evo 3 mula ditayang secara rasmi di pawagam tempatan, semalam. Foto Ihsan Astro Shaw

KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, iaitu Polis Evo 3 yang mula ditayangkan di pawagam tempatan, semalam, mengaut lebih RM3.4 juta.

Jumlah itu termasuk RM1.3 juta yang diperoleh pada sesi tayangan awal atau 'sneak preview' filem terbabit yang dipertontonkan di pawagam GSC di seluruh negara, Rabu lalu.

Kutipan itu membolehkan naskhah terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X, dengan pungutan lebih dua kali ganda semalam, lantas mendominasi carta kutipan pawagam.

Rabu lalu, Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem berkenaan sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu menawan hati dan memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

"Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

"Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menonton Polis Evo 3 di pawagam.

"Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

"Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Filem Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC, Rabu lalu. Foto Ihsan Astro Shaw

Selain Zizan dan Shaheizy, Polis Evo 3 menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Filem ini berkisar Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) kembali dengan misi terbaharu. Kali ini, pasukan mereka disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) dan Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta.



Nampak macam menarik Polis Evo 3 ini iaitu daripada sambungan Polis Evo dan Polis Evo 2. Saya tidak lihat lagi Polis Evo 3 diterbitkan oleh Astro Shaw. Kalau lihat daripada trailer nampak gempak habis. Nanti boleh pergi tengok wayang bersama dengan keluarga untuk filem ini.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content