10 Perkara Yang Selalu Orang Bisnes Rasa Untuk 3 Tahun Pertama

SHARE:

Semalam terjumpa posting saudara Syafiq Suhaimi di sosial media Facebook dan postnya begitu menarik perhatian saya untuk saya kongsikan. And...


Semalam terjumpa posting saudara Syafiq Suhaimi di sosial media Facebook dan postnya begitu menarik perhatian saya untuk saya kongsikan.


Anda kena tahu dan wajib ambil tahu betapa susahnya dunia bisnes dan kita akan nampak orang yang kaya sahaja tetapi orang yang dibawah iaitu baru merula memang struggle sebilang masa tanpa henti.

Untuk kawan-kawan yang planning nak buat bisnes tapi tak tahu realiti sebenar dunia bisnes, saya kongsi beberapa fakta yg mungkin anda akan lalui pada fasa awal bisnes : 
1. 24 jam sehari berlalu sangat pantas seolah baru je siang tahu-tahu dah malam. Tak cukup masa utk diri & family.

2. Kesana kesini urus hal bisnes, orang cakap busy mengalahkan perdana menteri tapi duit dalam bank sendiri segan nk tengok baki.

3. Sampai 1 fasa anda akan dengar orang² terdekat sindir 'sibuk bukan main tapi tak kaya² jugak'.

4. Baru je selesai bayar gaji staf, tahu-tahu dah sampai masa kena bayar gaji staf lagi. Risau bukan main takut duit company tak cukup nk rolling.

5. Susah dpt staf. Dah dapat, asyik nak resign. Staf silih berganti. Team tak berkembang. 2 - 3 orang tu ajela. 

6. Tersepit di tengah² dalam menjaga hati pasangan, family, staf dan kawan². Hati sendiri tak terjaga sampai anda pon tak tahu masih ada hati atau tak. 

7. Stres. Tak pernah menangis pon boleh jd menangis. Menjerit² dalam kereta, bilik air, mana² je asalkan orang lain tak dengar. Doa siang malam jangan cakaplah. Sampai dah hafal doa mintak pd Allah.

8. Stuck kat sales. Mcm² tips dah buat. Mcm² kelas & seminar dah pergi. Takat tu jela salesnya. 

9. Selalu meeting sorang diri. Time drive,makan,tengok tv, mengelamun fikirkan bisnes. Hilang fokus.

10. Bengang dgn newbie baru buat bisnes terus meletop,terus viral. Tercari-cari kat mana bengapnya diri ni. Kenapa bisnes aku tak menjadi. Down, stress, give up, burn out, macam² hal lah. 
Cukuplah 10 dulu perkara yg selalu org bisnes rasa utk 3 tahun pertama buat bisnes. Kadang² dah dekat 10 tahun pon masih alami lagi. 

Dunia bisnes ni keras. Takde jaminan akaun bank anda akan masuk duit pada sekian² haribulan mcm orang makan gaji.

Jika tak sanggup, jangan mulakan sesekali kerana ingin mencuba dan merasa.

Ini bukan macam drama swasta, projek bilion², duduk rumah banglo juta², makan restoran mahal, pandu kereta conti. 

Tapi kalau dah nekad, teruskan. Buat bisnes kalau tak rasa down, mcm mana nak rasa manis masa kat atas. 

Salute pada bisnes owner kat luar sana yang sentiasa berusaha untuk bangunkan diri sendiri dan juga perniagaan serta syarikat yang mereka menjadi ketua, owner dan sebagainya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content