11 Tahun Kahwin, Tidak Pernah Beli Emas Dekat Dia

SHARE:

Daripada Facebook Pages Kisah Dunia menyatakan di dalam dunia perkahwinan ini tidak semuanya indah dan perlu kena bersusah dahulu sebelum me...


Daripada Facebook Pages Kisah Dunia menyatakan di dalam dunia perkahwinan ini tidak semuanya indah dan perlu kena bersusah dahulu sebelum merasai kesenangan.


11 tahun kahwin, tak pernah beli emas kat dia...

Last bagi emas kat dia, masa akad nikah dulu...itu pun cincin kahwin...

Tahun pertama kahwin, dah bunting pelamin, tak sempat nak enjoy, nak berbulan madu bagai, nak beli itu ini, dah kena menyimpan utk kelahiran cahaya mata pertama...

"Sabar, nanti ada rezeki lebih, abg bagi..."

Tahun kedua, keluar sorang lagi...makanya semua duit hanyalah utk susu, utk pampers, utk pengasuh...kat situ pun dah beribu setiap bulan...

Mintak dia sabar lagi...

Tahun ketiga, kami sama-sama kira duit syiling bila tgh bulan...cari kedai, tukar...dah tukar dapat duit kertas, beli susu anak...tak tahulah berapa kerap anak minum susu, yg pastinya setiap minggu pengasuh suruh tambah, susu yg dok ada dah nak habis, tak cukup...

Masuk tahun keempat, rasa mcm dah nak stabil, dah bleh control perbelanjaan, kewangan semua...tup tup ada rezeki lagi, dia mengandung anak ketiga (Alhamdulillah)...

Vacation on hold, nak renovate rumah on hold, beli emas pun on hold lah...pendek kata, apa saja dlm planning list, semua on hold sebab nk simpan duit utk kelahiran anak ketiga...

Tahun kelima, 3 orang anak hantar pengasuh...pampers, susu, duit pengasuh mencecah RM2 ribu sebulan...

"Mcm mna bang? Duit gaji setengah habis kat pengasuh dan anak-anak ja..."

Fikir punya fikir, kira punya kira, tak boleh jadi, dia kena berhenti keje utk jaga anak-anak...reason paling utama adalah sebab anak pertama tu nak tadika dah...sapa nk hantar, sapa nk ambik, sapa nak follow up pembelajaran dia...

Duit pengasuh, duit tadika, duit van lagi...

"Tak lepas ni..."

Tahun keenam, dia pun berhenti keje...struggle beb, pendapatan dua orang, jadi satu...hutang dan komitmen keluarga masih sama tapi hanya 1 income nak cover semua...

Habis simpanan dikorek...clear ASB, clear Tabung Haji...

Ambik masa setahun dua jugak nak stabil selepas dia berhenti dan fokus anak-anak...

Now, pejam celik dah 11 tahun bersama...dah rasa lega skit, dah makin stabil dan rezeki tu dah makin murah...anak semua dah masuk sekolah rendah...Dah tak kena fikir bab susu dan pampers lagi dah...

Janji 10 tahun lepas, kita tunai hari ni...

Alhamdulillah...syukur dapat pasangan yg mampu bersabar dan masih berada disisi ketika susah...merungut mengeluh pun tak bila dia tak dapat apa yg org lain dapat...

Nota Kaki : 2 butir kita bagi...😊

Kongsian Firdaus Shakirin

#kisahdunia

Ada sesetengah perkahwinan akan diuji dengan kekayaan dan diakhiri dengan kesusahan. Bermacam-macam kehidupan kita ini. Perlu buat sesuatu untuk berubah dan sentiasa bertawakal.

Pasangan yang bersabar dengan kita itu adalah rezeki yang paling indah sekali kerana apabila lelaki tiada duit, macam benda planning tidak boleh dilakukan.

Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki dan jodoh yang berpanjangan.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content