Arango Park Kepala Batas Buat Laporan Polis Kepada Pelanggan Viral

SHARE:

Betul orang cakap di dalam dunia perniagaan ini keras dan kadangkala kita dibawah serta di atas sehingga terima pelbagai rating dan review y...


Betul orang cakap di dalam dunia perniagaan ini keras dan kadangkala kita dibawah serta di atas sehingga terima pelbagai rating dan review yang tidak bagus.

Dibawah ini ada satu petikan daripada owner Arango Park di Kepala Batas Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap seorang pelanggan yang viralkan kata tidak sedap serta tidak mengikut saluran yang betul.


Salam semua

Pertama kali, pihak kami mohon maaf andainya ada kelewatan servis dan kualiti produk makanan yang kami sediakan kepada pelanggan semua. Kami perbaiki apa yang lemah dan sentiasa update dari masa ke semasa.

Semalam, pihak kami ada mendapat 'tag' @ mention di media sosial berkaitan seorang perempuan Zunita AT menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap kami berkaitan makanan dan servis.

Untuk makluman puan, pihak kami sentiasa mengambil pendekatan dimana pelanggan yang tidak berpuashati atau komplen atau ingin memberi cadangan, boleh terus ke kaunter bayaran kami. Kami telah menyediakan kotak aduan/cadangan untuk pihak puan sampaikan kepada kami. Atau terus bercakap kepada pihak kami, kami akan bantu atau memberikan servis atau produk makanan yang baru sekiranya itu yang lebih baik kepada pihak pelanggan.

Tapi,

Bilamana pihak puan membuat posting yang tidak betepatan dengan saluran yang betul samada kepada terus page kami @Arango Park, atau instagram kami @Arangopark atau apa-apa platform sosial media yang lain, atau terus hubungi kami dimana puan sedia maklum, di dalam buku menu pun ada menyatakan maklumat perniagaan kami.

Dengan cara puan update dalam group setempat menyatakan ketidakpuasan puan ini menyebabkan nama baik restoran kami tercalar dan boleh menjatuhkan reputasi kami.

Adakah pihak puan menyatakan tidak mendapat makanan langsung itu sebagai satu provoke kepada kami ?
Sekiranya pihak puan berada di pihak yang benar, sila datang berjumpa dengan kami, kami sedia ganti rugi dan mendegar apa yang puan nak komplen. Kami bukan nak ambik duit pelanggan semata-mata. Sekiranya tidak berpuashati, boleh terus jumpa kami.

Cara puan membuat posting ini adalah tidak bertepatan dengan saluran yang betul. Ini melibatkan maruah perniagaan kami. Kami sentiasa bertanya kepada pelanggan, jika mana pelanggan tidak berpuashati, insyaallah kami akan buat yang terbaik. Itu jaminan kami kepada pelanggan.

Bermula malam ini, kami beri masa 48 jam kepada pihak puan untuk datang bertemu dengan pengurusan kami dan nyatakan apa yang tidak puashati serta bawa apa-apa bukti yang menyatakan pihak puan tidak mendapat makanan langsung.

Dan kami mohon agar pihak puan, memadam posting dalam tempoh 24jam yang telah puan siarkan di dalam group penduduk setempat tersebut, dan sekiranya pihak puan tidak memberi sebarang reaksi, pihak kami tidak akan teragak-agak untuk membawa kes ini kepada pihak berwajib.

Dibawah ini, kami letakkan nombor telefon kami untuk memudahkan pihak puan hubungi,

Restoran 013 219 7733
Pengurusan 013 375 7733

Sekian


Owner telah menaip di dalam Group Facebook bernama Penduduk Kepala Batas & Bertam Kini untuk mencari semula pelanggan tersebut dan berbincang untuk berdamai.

Di dalam perniagaan ini kena sentiasa bertolak ansur, memang zaman sekarang zaman viral tetapi kita boleh terus hubungi pihak yang sebetulnya sebelum membuat apa-apa keputusan supaya semuanya akan berjalan dengan lancar.

Kepada owner pula terimalah dengan hati terbuka dan juga bincang elok-elok untuk padamkan post jikalau sudah tahu siapa dan lokasi pelanggan tersebut. Semoga segalanya dipermudahkan.

Di dalam ruangan komen pula ramai netizen memberikan kata nasihat kepada owner dan juga untuk kita semua bersama yang mana sudah berniaha ataupun baru ingin memulakan perniagaan.

 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content