4 Feri Baharu Pulau Pinang Bakal Beroperasi Ogos Nanti

SHARE:

Antara feri yang diperiksa oleh Pasukan Pemeriksa Kapal JLM di Damen Song Cam di Haiphong, Vietnam. PUTRAJAYA – Pulau Pinang dijangka mempe...

Antara feri yang diperiksa oleh Pasukan Pemeriksa Kapal JLM di Damen Song Cam di Haiphong, Vietnam.

PUTRAJAYA – Pulau Pinang dijangka memperolehi empat buah feri baharu pada Julai depan bagi memudahkan urusan pengangkutan orang ramai ke pulau berkenaan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan, feri yang bakal diterima itu bagi membawa motosikal dan pejalan kaki dijangka akan memulakan operasi pada Ogos ini.

JLM juga, turut memuat naik gambar feri itu ketika tinjauan dilaksanakan Pasukan Pemeriksa Kapal di limbungan Damen Song Cam di Haiphong, Vietnam kelmarin.

“Kumpulan tersebut yang diketuai Timbalan Pengarah Laut Wilayah Utara giat melakukan proses uji terima aspek keselamatan untuk empat buah feri baharu berkenaan,” katanya di sini.

Syarikat Damen yang berpangkalan di Belanda, menerima kontrak pembinaan feri model baharu dikenali sebagai Damen Ferry 3508 daripada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Setiap buah feri mampu mengangkut kapasiti maksimum 250 penumpang pejalan kaki serta 50 penunggang motosikal dan basikal dalam kawasan terlindung dengan pendingin udara.

Penambahbaikan itu bakal membolehkan ketibaan feri setiap 15 minit ketika waktu puncak dengan keupayaan 2.5 juta pejalan kaki dan 1.5 juta penunggang motosikal setiap tahun. – KOSMO! ONLINE

Selepas ini boleh pergi ke Pulau Pinang untuk naik feri dan feri lama yang pernah beroperasi hanya tinggal kenangan. Nasib baik saya ada kenangan menaiki feri yang lama banyak kali sudah kerana sewaktu kecil saya tinggal di Pulau Pinang.

Tapi feri lama dahulu boleh naik menggunakan kereta sekali dan sekarang ini rasanya tidak boleh kerana hanya untuk penumpang penjalan kaki dan penunggan motosikal serta basikal.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content