Doktor Mahu Caj RM1 Klinik Kesihatan Dinaikkan

SHARE:

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Kerajaan disaran menaikkan caj klinik kesihatan RM1 kepada kepada RM5 hingga RM20 kerana caj sedia ada sudah tid...


KUALA LUMPUR, 02 Jun 2023 – Kerajaan disaran menaikkan caj klinik kesihatan RM1 kepada kepada RM5 hingga RM20 kerana caj sedia ada sudah tidak relevan dengan masa kini.

Yang Dipertua Persatuan Kesihatan Ikram Malaysia (Ikram Health), Dr. Mohd. Afiq Mohd. Nor berkata, fi sedia ada disifatkan tidak masuk akal terutama ketika nilai kos rawatan semakin meningkat.

“Pada masa akan datang klinik kesihatan dan Jabatan Perubatan Kecemasan boleh mengenakan caj RM5, malah klinik pakar boleh mengenakan caj RM15 hingga RM20.”

“Kenaikan caj ini adalah suatu keperluan kerana kos rawatan semakin tinggi yang akan membebankan Kerajaan untuk menampung sepenuhnya dan boleh menjejaskan perkembangan perkhidmatan, penambahbaikan fasiliti serta kemudahan dan kebajikan kakitangan,” ulasnya.

Sementara itu Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Malina Osman berkata sudah tiba masanya untuk Kerajaan meneliti semula kadar caj rawatan bersesuaian dengan faktor penting seperti pertambahan populasi rakyat dan kecanggihan teknologi.

“Kalau dilihat, sejak tahun 60-an atau 70-an, caj bayaran RM1 untuk setiap kali rawatan di semua fasiliti Kerajaan tidak berubah. Kalau dulu, tambang bas awam pun mungkin cuma 50 sen, sekarang harganya pun sudah tidak lagi sama.”

“Apa yang pasti, Kerajaan tidak lagi mampu menampung subsidi kos rawatan kesihatan rakyat. Kita perlu mengambil kira latar belakang kemampuan ekonomi Kerajaan dan keadaan ekonomi semasa. Saya sendiri pun tidak boleh petik berapa ‘angka ajaib’ untuk kadar bayaran minimum munasabah.”

Dr. Malina juga berharap Kerajaan dapat memastikan perkhidmatan rawatan yang disediakan berada pada tahap berkualiti termasuk memastikan kakitangan kompeten yang mencukupi.

Dalam pada itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Profesor Dr. Sanjay Rampal pula berkata, pihaknya menyokong usaha untuk menambah bajet dalam sistem perbelanjaan pembiayaan kesihatan negara.

Katanya, penambahan bajet kesihatan itu diharapkan dapat digunakan untuk kempen kesedaran kesihatan kepada masyarakat. Ini kerana kita tentunya mahu pengurangan jumlah pesakit yang datang mendapatkan rawatan terutama di hospital Kerajaan yang telah sesak.

Sumber : Samudera

Kalau dinaikkan memang akan terkesan bagi rakyat yang kurang berkemampuan jikalau sakit, kerana RM1 itu kemungkinan banyak itu sahaja mereka ada. Saya tidak setuju dengan untuk naikkan kadar caj RM1 kepada semua.

Biarkan RM1 itu sampai bila-bila sebab ramai orang diluar sana tidak mampu untuk dapatkan nilai RM5 atau selebihnya untuk sekali rawatan. Mohon pertimbangkan kerana perlu fikir rakyat miskin yang tidak mampu.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content