Apa Itu Pil Kuda?

SHARE:

 😈😱APA ITU PIL KUDA?🐎🐎 1. Pil Kuda🐎🐎 merupakan dadah sintetik dari jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS)😵. Kebiasaannya di negara a...

 😈😱APA ITU PIL KUDA?🐎🐎

1. Pil Kuda🐎🐎 merupakan dadah sintetik dari jenis Amphetamine-Type Stimulants (ATS)😵. Kebiasaannya di negara asal Methamphetamine pills ini dihasilkan iaitu Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand ia dikenali dengan nama Yama atau Yaba yang bermaksud pil gila.

2. Dadah jenis ini adalah yang paling banyak disalahgunakan di Negeri Kelantan. Kebanyakan dadah jenis ini diseludup melalui Sempadan Negara Thailand seperti Sungai Golok. Pil berwarna merah ini mempunyai saiz yang sangat kecil berukuran kira-kira 0.5cm dan kerap disalahguna dengan menggunakan kaedah "Chase The Dragon"

3. Harga pasaran semasa bagi Pil Kuda🐎 di Negeri Kelantan ialah RM10.00 sebiji, manakala bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu harga boleh meningkat sehingga RM15-RM20 sebiji mengikut daerah. Istilah biasa yang digunakan oleh pengguna Pil Kuda ialah "Nyambar". 

4. Rata-rata pengguna Pil Kuda🐎 berusia dalam lingkungan antara 11 tahun hingga 35 tahun. Kebanyakan dari mereka menyatakan punca utama penglibatan dengan dadah ialah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya serta perasaan ingin mencuba.

5. Terdapat juga golongan dewasa yang mengambil Pil Kuda🐎 bagi tujuan meningkatkan tenaga semasa bekerja dan untuk mengelakkan dari rasa mengantuk. Pengguna Pil Kuda🐎 biasanya akan menjadi terlalu aktif dan boleh bertahan tanpa tidur antara 2-3 hari. Kesan lain Pil Kuda🐎kepada peggunanya seperti berikut:

🐎 Mengurangkan selera makan

🐎 Meningkatkan keinginan seks

🐎 Pergerakan badan tidak terkawal

🐎 Meningkatkan tumpuan

🐎 Visual & Auditory Hallucination

🐎 Tekanan darah meningkat

🐎 Insomnia

🐎  Keganasan

🐎 Paranoid

🐎 Kecenderungan membunuh diri

🐎 Hyperhidrosis

🐎 Hyperactivity

🐎  Irritability

6. Pengguna tegar Pil Kuda🐎 biasanya dapat dikesan dengan keadaan gigi mereka yang rosak dan menjadi rapuh disebabkan oleh bahan kimia dalam Pil Kuda🐎 yang menghakis gigi.

7. Masyarakat Malaysia percaya bahawa bahan-bahan utama untuk menghasilkan Pil Kuda🐎 ialah racun tikus, serbuk kaca lampu kalimantang, pencuci lantai, klorox, ubat nyamuk, abu tulang manusia dan sebagainya.

8. Sebenarnya, Pil Kuda🐎 dari jenis ATS dihasilkan melalui tindakan bahan kimia seperti Acetic Acid,  Acetic Anhydride, Acetone, Amonia, Benzaldehyde, Benzyl Choride, Benzene dan lain-lain bahan kompaun kimia yang sangat merbahaya kepada manusia apabila tersentuh bahan-bahan tersebut.

9. Di Malaysia, dadah jenis ATS adalah dikategorikan dalam bahagian III dan IV JADUAL PERTAMA di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Sekiranya seseorang itu didapati di dalam miliknya sejumlah 50gm dadah ATS atau lebih, maka seseorang boleh dianggap sebagai pengedar dadah dan boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

Credit : anti pil kuda🐎🐎😵😵😱😱😈😈

#AADKMelakaTengahPrihatinAndaBagaiMana

#PencegahanDanPublisitiAADKMelakaTengah

#KomunitiBenciDadah

#DadahTerkawal2025

#StafAtHome

#StafSafe

Sumber : AADK

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content