Pengendali Facebook JDT Fans Club Ditahan Hina Sultan Johor

SHARE:

Foto hiasan. KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan kerana disyaki membuat hantaran dan ber...

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai pengendali akaun Facebook JDT Fans Club ditahan kerana disyaki membuat hantaran dan berkongsi kenyataan berbaur penghinaan terhadap Sultan Johor, semalam.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Alor Setar, Kedah.

Selain rampasan, beliau berkata turut dirampas telefon bimbit dan kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran terbabit.

"Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin ini dengan siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian serta penghinaan terhadap mana-mana raja.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah jenayah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform media sosial sehingga boleh mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci terhadap agama, bangsa dan raja serta menggugat keharmonian negara.

"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," katanya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content