Arafah (TV3)

SHARE:

Tonton Telefilem Arafah ulang siaran Cerekarama TV3 bersiaran pada hari Jumaat, 30 Jun 2023, jam 10.00 malam di TV3. Telefilem Arafah menamp...

Tonton Telefilem Arafah ulang siaran Cerekarama TV3 bersiaran pada hari Jumaat, 30 Jun 2023, jam 10.00 malam di TV3. Telefilem Arafah menampilkan pelakon Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi.


Boleh juga tonton online Telefilem Arafah secara strim live HD di www.tonton.com.my, www.xtra.com.my/live-tv atau muat turun aplikasi di Google Play atau Apple Apps Store.

Arafah
Waktu siaran : Jumaat, 29 Jun 2023, jam 10.00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Pengarah : Raja Mukhriz
Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.

Watak Pelakon
Pelakon Telefilem Arafah dibarisi Nabila Huda, Keisha Laila, Luqman Hafidz, Ucop, Ku Faridah, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi.

Nabila Huda sebagai Arafah
Ku Fridah sebagai nenek Zah
Jasmin Hamid sebagai Kamariah

Sinopsis Arafah
Arafah mengisahkan tentang kehidupan Arafah. Kisah bermula apabila Arafah bersama anaknya berusia dua tahun duduk di bangku stesen kereta api di Kuala Lumpur. Kemudian, muncul seorang gadis remaja bernama Shiren duduk di sebelahnya. Dia sedang memandang ke satu arah dengan riak wajah seperti ada masalah.

Melihat keadaan Shiren, Arafah terus terkenang kisah lamanya. Arafah dibesarkan oelh nenek Zah sewaktu berusia setahun hingga 13 tahun selepas ibu dan bapanya berpisah. Semasa di bawah jagaan neneknya, hidup Arafah sangat berdikari dan akhlaknya masih terkawal.

Disebabkan neneknya yang terlalu mengawal kehidupan remajanya, Arafah mula tertarik untuk menerima pelawaan ibunya yang menetap di Kuala Lumpur dengan kehidupan lebih ‘urban’.

Nenek Zah kecil hati kerana selepas bersusah payah menjaga Arafah, begitu mudah dia memilih untuk tinggal bersama-sama ibu kandungnya, Kamariah di Kuala Lumpur.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content