Begitu Janji Tertulis (TV2)

SHARE:

Saksikan telefilem Begitu Janji Tertulis yang akan menemui penonton semula pada 27 Jun 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam mene...


Saksikan telefilem Begitu Janji Tertulis yang akan menemui penonton semula pada 27 Jun 2023, bersiaran pada hari Selasa, jam 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas Aidiladha awalnya ditayangkan pada tahun 2018 ini merupakan terbitan syarikat produksi Layar Consult Sdn. Bhd., diarahkan oleh Sabri Yunus dengan nukilan skrip daripada Sabri Yunus sendiri.

Barisan Pelakon
Telefilem Begitu Janji Tertulis menampilkan barisan pelakon seperti Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Mohd Saidi Sabri, Puteri Hanan Shahidah, Bohari Ibrahim, Rashid Jaafar, Marup Mustapha, Mazran Abdullah, Ali Abdul Rahman dan ramai lagi.

Watak Pelakon
Khatijah Tan sebagai Mak Jah
Zamarul Hisham sebagai Ayub
Mohd Saidi Sabri sebagai Sahak
Puteri Hanan Shahidah sebagai Embun
Bohari Ibrahim sebagai Pak Uda
Rashid Jaafar sebagai Pak Akob

Sinopsis Begitu Janji Tertulis

Ianya mengisahkan tentang Mak Jah iaitu seorang ibu tunggal mendapat tawaran mengerjakan haji. Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia dan sempat mewasiatkan agar salah seorang anak menemani Mak Jah ke Tanah Suci.

Anaknya Sahak sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisihan dengan Mak Jah. Ayub pula menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia walhal beliau sibuk berjudi di kampung serta berhajat menjual air ketum.

Mak Jah tidak menaruh harapan dan semakin berputus asa tentang pemergiannya ke Mekah dengan mahramnya. Embun cuba menjejaki Sahak dan memujuknya untuk kembali menemui ibunya dan melupakan kisah silam.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content