$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

'Biar Saya, Dia Dan Tuhan Je Yang Tahu, Biar Saya Hadap...' - Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Anis Cabut Tudung

SHARE:

Masih mengunci mulut mengenai punca isteri, Anis Sofea memilih untu tidak lagi berhijab, Haqiem Rusli enggan memanjangkan cerita. Katanya, t...

Masih mengunci mulut mengenai punca isteri, Anis Sofea memilih untu tidak lagi berhijab, Haqiem Rusli enggan memanjangkan cerita.

Katanya, tidak molek ia dipanjangkan dan menegaskan biar ia menjadi rahsia peribadi antara mereka.

“Hal itu saya tak boleh cakap kerana ia privasi. Biar saya, isteri dan Tuhan sahaja yang tahu,” katanya kepada Gempak.


Haqiem berkata demikian ketika ditemui selepas memenuhi jemputan program MeleTOP semalam.

Melanjutkan bicara, Haqiem berkata yang dia tidak mengatakan mereka berada di pihak benar. Justeru, segala input dan nasihat sentiasa diterima dengan tangan terbuka, asalkan ia tidak berlebihan.

“Kalau waktu zaman saya mula-mula berkecimpung dahulu, mungkin saya penat nak lalui komen-komen netizen. Tapi sekarang saya dah lali dan tahu game mereka.

“Bagi saya, kalau nak beri nasihat, ada fasa-fasanya. Apa yang baik kita ambil dan perbaiki. Saya tegaskan sekali lagi, saya tak kata kami benar, mana yang ok, kami ambil,” katanya lagi.

Sebelum menemu bual Haqiem, Gempak berusaha untuk mewawancara Sofea. Namun, Haqiem tidak membenarkan isterinya yang turut hadir ke program MeleTOP untuk memberikan sebarang kenyataan.

“Biarlah benda ni saya hadap seorang. Saya tak nak libatkan mana-mana pihak. Mungkin sebab saya juga dia dapat publisti besar. Biar saya sahaja yang hadap.

“Berkenaan akan bawa ke majlis-majlis terbuka selepas ini, saya sebagai suami kalau tak ajak dia… itu dah kecilkan hati dia. Mana lebih bagus? Ajak atau tak ajak?

“Doakanlah, mungkin benda boleh kembali baik seperti dahulu,” tutup Haqiem.

Terdahulu, peminat dikejutkan dengan tindakan Sofea yang memadam gambar-gambar di Instagram dan memuat naik gambar tidak mengenakan hijab.

Rata-rata ramai yang menghentam wanita itu sehinggakan dia terpaksa menutup ruangan komen di platform media sosial tersebut.

Sumber: Gempak

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content