$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

"Saya Lelaki Sejati, Sebab Itu Saya Pandang Punggung Mira," - View Chin

SHARE:

“Saya lelaki sejati, sebab itu saya pandang punggung Mira. Saya pasti semua lelaki akan berbuat demikian”. Jelas View Chin lagi, sesiapa pun...

“Saya lelaki sejati, sebab itu saya pandang punggung Mira. Saya pasti semua lelaki akan berbuat demikian”.

Jelas View Chin lagi, sesiapa pun terutamanya lelaki sejati akan melihat ‘pemandangan’ itu apabila berada di depan mata.

Foto: IG

“Bukan sahaja Mira, orang lain pun saya pandang juga, kita lelaki sejati mesti akan pandang. Siapa lalu kita akan pandang.

“Tak percaya tanya manager (pengurus) saya, dia pun ada pandang juga. Lelaki, mestilah ada gatal sikit, kecualilah Sajat. Kita pandang sahaja, bukan ada pegang,” ujar View Chin menerusi sebuah Live.

View Chin sekali lagi menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas isteri, Ah Moi juga telah lama berakhir.

Namun, ada penonton turut mempersoalkan kenapa dia masih memberi bunga kepada bekas isterinya itu walaupun sudah bercerai.

“Kami dah sah cerai, dia pun sudah tandatangan surat penceraian dan saya tidak paksa dia untuk tandatangan surat itu.

“Saya beri bunga itu sebab meraikan Mother’s Day sahaja, sebab dia ibu kepada anak-anak saya, jadi kenapa tak boleh bagi bunga?.

“Sebelum ini saya selalu bagi bunga, mungkin sudah terbiasa bagi, jadi saya akan sentiasa bagi,” katanya.

Terdahulu, kisah View Chin dan Mira menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas Shermine Hau Ah Moi mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan mereka berdua di aplikasi WhatsApp.

Wanita itu turut mendakwa bekas suaminya mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja tersebut dan menjadi punca kepada keretakkan rumah tangganya. –CARI

Sumber: Kosmo

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content